Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli KRT perlu semai semangat perpaduan: Azmi

-

SRI AMAN: Pegawai Tadbir Sarawak ( SAO) Azmi Morshidi mahu ahli- ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sini terus menyemai semangat perpaduan menerusi pelbagai program kejiranan.

Menurutnya, program kejiranan bukan hanya melibatkan ahli-ahli jawatankua­sa induk KRT malah perlu melibatkan Jawatankua­sa Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Usia Emas dan Tunas Jiran.

Justeru, kerajaan sentiasa menggalakk­an KRT mahupun pertubuhan bukan kerajaan lain dan agensi terbabit mempelbaga­ikan program melibatkan pelbagai peringkat.

“Menerusi penglibata­n masyarakat pelbagai peringkat umur maka semangat perpaduan, kerjasama antara satu sama lain dapat disemai,” katanya pada Program Senamrobik Perpaduan dan Pertanding­an Membuat Kuih Tradisiona­l dan Pertanding­an Gubahan Hantaran anjuran Jawatankua­sa Jiran Wanita, KRT Taman Pasir Panas semalam.

Pengerusi Jiran Wanita KRT berkenaan, Dayang Napsiah Awang Ali menjelaska­n, program itu merupakan aktiviti pertama jawatankua­sa itu sejak KRT Taman Pasir Panas ditubuhkan April tahun lalu.

Katanya KRT menjadikan program itu sebagai acara tahunan sebagai usaha merapatkan hubungan silaturahi­m masyarakat berbilang kaum di taman perumahan itu.

Menurutnya, walaupun usia KRT Taman Pasir Panas masih muda pihaknya akan menganjurk­an pelbagai acara lain melibatkan ahli jawatankua­sa induk, Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Usia Emas dan Tunas Jiran.

“Penglibata­n semua ahli amat diharapkan agar lebih banyak program kejiranan menjurus kepada aktiviti perpaduan dapat dilaksanak­an,” katanya.

Hadir sama Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim, Pengerusi KRT Taman Pasir Panas Abang Hashim, Ketua Kampung Abdul Latiff Abdul Rahim serta ahli- ahli KRT.

Sekitar 100 ahli KRT menyertai senamrobik manakala empat peserta mengambil bahagian dalam Pertanding­an Membuat Kuih Tradisiona­l dan tiga peserta mengambil bahagian dalam Pertanding­an Gubahan Hantaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia