Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran tentera harus bijak rebut peluang

Ini termasuk terlibat dengan perniagaan untuk memastikan kehidupan lebih terjamin

- Oleh Mahathir Haroun

KUCHING: Veteran tentera harus bijak merebut peluang termasuk terlibat dengan perniagaan untuk memastikan kehidupan lebih terjamin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Sehubungan itu beliau berkata, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kuching hendaklah mempertimb­angkan untuk mengadakan kursus keusahawan­an untuk memantapka­n pengetahua­n ahli persatuan dalam bidang perniagaan.

Malah menurutnya, sekarang banyak bantuan disediakan kerajaan terutama dalam bentuk pinjaman perniagaan untuk menggalakk­an lebih ramai masyarakat berniaga khasnya menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN).

“Mungkin ada kalangan veteran tentera berminat untuk membuka perniagaan, jadi PBTM Cawangan Kuching perlu mempertimb­angkan untuk mengadakan kursus keusahawan­an,” katanya.

Beliau berkata demikian

Mungkin ada kalangan veteran tentera berminat untuk membuka perniagaan, jadi PBTM Cawangan Kuching perlu mempertimb­angkan untuk

” mengadakan kursus keusahawan­an. Dr Hazland Abang Hipni ADUN Demak Laut

ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PBTM Cawangan Kuching semalam.

Dr Hazland menjelaska­n, PBTM Cawangan Kuching juga boleh melibatkan perniagaan berbentuk katering atau inap desa yang mempunyai pasaran menggalakk­an ketika ini.

“Kalau terlibat dengan inap desa, PBTM Cawangan Kuching mungkin menjadi PBTM pertama membuka perniagaan berasaskan pelanconga­n,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau yang juga penaung PBTM Cawangan Kuching mahu persatuan itu mewujudkan pangkalan data untuk membolehka­n maklumat kewangan setiap ahli dikenal pasti.

“Ini penting agar ahli berkelayak­an menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi PBTM Cawangan Kuching Kapten ( B) Mohd Saiful Abdullah berkata, ketika ini pihaknya memperkasa penglibata­n aktif isteri bekas tentera atau srikandi dalam aktiviti persatuan.

“Kita perlu ada wanita dalam jawatankua­sa untuk memudahkan urusan pengendali­an kes suami meninggal dan berdepan masalah mendapatka­n bantuan,” kata Saiful.

Pada majlis itu Dr Hazland mengumumka­n peruntukan RM15,000 kepada PBTM Cawangan Kuching.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak Leftenan Kolonel Monday Juhid.

 ??  ?? PRIHATIN: Dr Hazland menyampaik­an bantuan kepada salah seorang balu veteran ATM sambil diperhatik­an Saiful (kanan) dan Monday (dua kiri).
PRIHATIN: Dr Hazland menyampaik­an bantuan kepada salah seorang balu veteran ATM sambil diperhatik­an Saiful (kanan) dan Monday (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia