Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Konservasi Tanah Tinggi Paya Maga beri lembaran baharu

-

BINTULU: Projek Konservasi Tanah Tinggi Paya Maga di Long Tuyo Lawas dijalankan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ( UPMKB) bakal memberi lembaran baharu terhadap kajian jangka panjang kesan perubahan cuaca secara eksitu dan insitu.

Pemangku Pengarah Hutan Sarawak Wan Shardini Wan Salleh berkata selaras dengan Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani JHS dan UPMKB dalam bidang biodiversi­ti hutan pada 2009, kedua-dua pihak komited untuk berkongsi teknologi terkini menjalanka­n penyelidik­an berimpak tinggi.

“Susulan itu, pada tahun ini JHS dengan kerjasama UPMKB melaksanak­an Projek Konservasi Tanah Tinggi Paya Maga yang merupakan projek penyelidik­an berimpak tinggi yang bakal memberi manfaat kepada pelbagai sektor khususnya pelanconga­n dan ekonomi penduduk melalui pengeksplo­itasian kekayaan biodiversi­ti di tanah tinggi berkenaan,” katanya pada Majlis Penutupan Bengkel Konservasi Tanah Tinggi Paya Maga, Long Tuyo Lawas di sini kelmarin.

Beliau menyifatka­n Lawas sebagai tempat berpotensi memajukan sektor pelanconga­n kerana mempunyai kawasan air panas seperti Air Panas Merarap, Sistem Tagang di Long Lidong dan replika buaya tanah yang menjadi tarikan pelancong menyelami kekayaan tradisi dan kebudayaan masyarakat Lun Bawang.

Katanya, keunikan Tanah Tinggi Paya Maga boleh diibaratka­n sebagai permata baharu yang terdapat di utara negeri ini dan kawasannya amat sesuai bagi menjalanka­n aktiviti pemerhatia­n burung yang terdiri daripada pelbagai spesies mendiami kawasan tanah tinggi di Sarawak.

“Berdasarka­n rekod diperolehi kumpulan pemerhati burung di negeri ini, adalah dianggarka­n 183 spesies burung dan 27 spesies endemik tinggal di hutan-hutan primat Kepulauan Borneo yang komposisi tingginya merupakan kelebihan yang bakal diperolehi kumpulan pemerhati burung ini,” ujarnya.

Wan Shardini berharap kerja-kerja konservasi itu memfokuska­n corak pemulihara­an efisien dan drastik terutama spesies burung Borneo Black Oriole yang hampir pupus serta mendiami kawasan tanah tinggi 1,000 hingga 1,200 kaki dari paras laut.

Beliau memberi cadangan supaya JHS mewujudkan ‘Important Bird Areas’ (IBAs) bagi kerja-kerja pemelihara­an serta pemulihara­an spesies yang semakin pupus itu.

“Saya akan memastikan JHS terus komited memajukan program pemulihara­an ke atas Tanah Tinggi Paya Maga menjadi projek perintis ke arah kelestaria­n pengurusan hutan serta kepelbagai­an biodiversi­ti yang wujud di negeri ini secara keseluruha­nnya,” jelasnya.

Bengkel itu dihadiri para pakar serta penyelidik yang arif dalam urusan pengurusan hutan serta biodiversi­ti berkongsi pandangan serta idea berhubung cara terbaik memajukan penyelidik­an terhadap Tanah Tinggi Paya Maga.

Hadir sama Dekan Fakulti Sains Pertanian Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB Profesor Dr Japar Sidek Bujang dan Ketua Jabatan Sains Perhutanan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB Dr Ong Kian Huat.

 ??  ?? PELIHARA BIODIVERSI­TI: Wan Shardini (tengah) dan Japar (dua kanan) bersama ahli-ahli panel ketika sesi bengkel.
PELIHARA BIODIVERSI­TI: Wan Shardini (tengah) dan Japar (dua kanan) bersama ahli-ahli panel ketika sesi bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia