Utusan Borneo (Sarawak)

Arni: Kolej Vokasional Matang laksana 5S di setiap bilik darjah

-

KUCHING: Pelbagai kaedah dan pendekatan diambil oleh pengurusan sekolah bagi memastikan sistem operasi pentadbira­n dan pembelajar­an di kalangan warganya berjalan lancar dan mencapai tahap terbaik.

Tidak ketinggala­n bagi Kolej Vokasional Matang (KVM), di sini yang tidak asing dengan jolokan pelaksanaa­n konsep persekitar­an berkualiti (QE) iaitu Sisih, Susun, Seragam, Sapu dan Sentiasa Amal (5S) terbaik di seluruh bandar ini.

Menurut Ketua Jaminan Kualiti KVM Arni Suhaili, usaha memartabat­kan pelaksanaa­n 5S di setiap bilik darjah disifatkan sebagai usaha baik terutama untuk melestarik­an pencapaian sekolah.

“Saya tidak nafikan KVM memang terkenal dengan jolokan sekolah 5S contoh di kalangan sekolah-sekolah di seluruh Kuching.

“Pada masa sama, konsep 5S ini telah banyak dilaksanak­an di sekolah berasrama dan sekolah kluster di seluruh negara dan ia terbukti berkesan serta terbaik dalam meningkatk­an pencapaian sekolah yang terlibat dan sekolah kami khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Kualiti Kolej Vokasional Matang (KVM) di Dewan Cyberguna KVM, di Batu 9 Matang, di sini kelmarin.

Konsep 5S, menurutnya, bertindak sebagai penjana kecemerlan­gan dan secara tidak langsung memberi gambaran kepada sistem kerja yang lebih teratur dan sistematik terutama kepada guru sekolah.

“Konsep 5S ini sangat membantu, lebih-lebih lagi dalam memudahkan operasi pentadbira­n sekolah agar lebih terancang.

“Lebih- lebih lagi sejak sekolah menengah vokasional bertukar menjadi KVM, konsep ini harus dipraktikk­an.

“Pada masa sama, ia sejajar dengan Transforma­si Pendidikan Vokasional (TPV) terutama dengan wujudnya bengkel pembelajar­an seperti situasi sebenar di industri,” jelasnya yang juga merupakan penyelaras konsep 5S KVM.

Mengulas mengenai pencapaian yang diperolehi sejak mengamalka­n konsep 5S di KVM pada 2011, Arni memberitah­u, KVM baharu sahaja memenangi pingat emas dalam ‘Team Excellent Convention’ bagi kategori QE di Peringkat Wilayah Sarawak dan Sabah yang diadakan pada 9 dan 10 Jun lepas.

Anugerah tersebut telah disampaika­n oleh Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak- Kanak dan Pembanguna­n Keluarga Rosey Yunus.

KVM merupakan satu-satunya sekolah yang menyertai konvensyen itu bersama 12 agensi kerajaan dan swasta yang lain di seluruh wilayah Malaysia Timur.

Selain itu, KVM juga sering menerima lawatan penanda aras dari luar negara termasuk sekolah kejurutera­an dari Kalimantan, Indonesia dan pelawat-pelawat dari Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? TAHNIAH: Arni (tiga kanan) mewakili KVM menerima anugerah pingat emas yang disampaika­n Rosey (tiga kiri) dalam ‘Team Excellent Convention’ bagi kategori QE di Peringkat Wilayah Sarawak dan Sabah, di Kuching, kelmarin.
TAHNIAH: Arni (tiga kanan) mewakili KVM menerima anugerah pingat emas yang disampaika­n Rosey (tiga kiri) dalam ‘Team Excellent Convention’ bagi kategori QE di Peringkat Wilayah Sarawak dan Sabah, di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia