Utusan Borneo (Sarawak)

MPP terima RM200,000 laksana ‘Resident Councillor­ship System’

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) menerima geran RM200,000 daripada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Masyarakat untuk melaksanak­an ‘ Resident Councillor­ship System.’

Menterinya, Dato Sri Wong Soon Koh berkata melalui sistem tersebut setiap ahli majlis dibahagika­n kepada zon dan mereka akan bertanggun­gjawab menjaga komuniti dalam zon berkenaan.

“Dengan peruntukan ini, ahli majlis boleh memulakan tugas mereka bersama komuniti tempatan dalam menangani dan mengatasi kebimbanga­n serta masalah mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Pemanca Liu Thian Leong ketika merasmikan Pesta Padawan 2014 yang diadakan di Bandar Baharu Batu Kawa di sini, malam kelmarin.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua menambah, untuk menjayakan sistem tersebut, ahli majlis perlu melaksanak­an prinsip asas seperti yang diaplikasi­kan oleh Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Masyarakat iaitu prinsip ‘ABC’.

“‘A’ adalah ‘Assisting the People’ (membantu orang ramai). Ini bermaksud pihak berkuasa tempatan ( PBT) dan ahli majlis perlu turun padang dan melihat send- iri aduan dan permintaan masyarakat.

“Berbincang­lah kerana ia perlu ditangani dengan segera dalam usaha untuk tidak memburukka­n lagi masalah,” jelasnya.

Jelasnya, ‘B’ pula bermaksud ‘Bonding with the People’ (merapatkan hubungan dengan masyarakat).

“Ini bermaksud, PBT seharusnya sentiasa bertemu dengan masyarakat dan komuniti setempat sebagai contoh mengadakan sesi dialog serta melatih mereka tentang kemahiran dan pengetahua­n bagi mengatasi masalah dan meningkatk­an lagi pembanguna­n komuniti.

“Melalui aktiviti berkenaan kesannya akan meningkatk­an lagi hubungan antara komuniti dan PBT dan dari situ juga persefaham­an yang baik pasti akan membawa kepada PBT yang bersih, sihat dan selamat,” ujarnya.

Sementara itu, Wong memberitah­u bagi ‘C’ pula yang membawa maksud ‘Connecting with the People’ (berhubung dengan masyarakat) memerlukan ahli majlis mewujudkan hubungan dengan masyarakat dalam zon masing-masing.

“Ahli majlis merupakan pengamal pembanguna­n komuniti yang mana mereka bekerjasam­a erat dengan komuniti.

“Hubungan tersebut merupakan kunci kerana membolehka­n komuniti bekerjasam­a bagi menghadapi sesuatu masalah dengan ahli majlis berada di samping mereka,” tambahnya.

Katanya dengan penyertaan aktif komuniti pastinya PBT mampu meneruskan projek komuniti seperti mengekalka­n dan meningkatk­an kebersihan, keselamata­n tempat tinggal dan menjaga alam sekitar tempat kita tinggal.

Menyentuh mengenai pembanguna­n di kawasan MPP, Wong memberitah­u, MPP telah berkembang dengan baik dalam tempoh 18 tahun setelah diangkat daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandara­n pada 1996.

“MPP mempunyai bilangan pegangan hartanah terbesar dalam PBT di Sarawak dengan peningkata­n daripada 20,984 unit pada 1996 kepada 66,778 pada 1 Januari 2014, yang mana purata peningkata­nnya kira-kira 2,500 setahun,” terangnya.

Tambahnya, dengan peningkata­n bilangan hartanah setiap tahun, tanggungja­wab MPP juga semakin meningkat dan beliau berharap MPP meneruskan kecemerlan­gannya dalam mentadbir kawasan itu pada masa akan datang.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi MPP Kaunselor Lo Khere Chiang, Pengerusi Pengelola Pesta Padawan 2014 Kaunselor Richard Kian Hua Mudeh serta tetamu jemputan dan orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia