Utusan Borneo (Sarawak)

BDA menjuarai Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Sarawak Mereka bawa pulang Piala KM Sarawak dengan puisi ‘ Warkah Dari Penjara’

- Oleh Hamimi Kassim

KUCHING: Penguat Kuasa Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) membuktika­n kehebatann­ya apabila sekali lagi berjaya membawa pulang Piala Ketua Menteri Sarawak setelah menjuarai Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Sarawak malam kelmarin.

Berlangsun­g di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di sini, BDA yang diwakili kumpulan Enforcer mempersemb­ahkan puisi berjudul ‘Warkah Dari Penjara’.

Sementara, naib juara dan ketiga masing-masing disandang Maslina Mahbu daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia, Sarawak dengan puisi berjudul ‘Eulogi Kepada Wanita’ dan kumpulan Bayu daripada Lembaga Pelabuhan Kuching dengan puisi berjudul ‘Darah Perwira’.

Dengan kemenangan itu, Enforcer membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan, sijil dan buku terbitan DBP manakala pemenang kedua dan ketiga masing- masing menerima RM1,800 dan RM1,500 serta sijil dan buku terbitan DBP.

Manakala empat lagi kumpulan yang tidak ber-

Dekon merupakan gabungan deklamasi dan gerak lakon dengan menjadikan puisi

” sebagai teksnya. Dr Hazami Jahari Pemangku Pengarah DBP Cawangan Sarawak

jaya iaitu Serokan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak dengan puisi ‘Hidup Bersama’, Khalifah Seni daripada Politeknik Kuching (Janda Setinggan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pelabuhan-Pelabuhan Kuching ( GST) dan Kami Cikgu daripada IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan (Pulanglah Anakku) membawa pulang hadiah sagu hati berupa wang tunai RM500, sijil dan buku terbitan DBP.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Pemangku Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari.

Dalam ucapannya, Hazami mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa menyokong usaha dan program memartabat­kan bahasa dan satera.

Menurutnya, dekon (deklamasi dan lakonan) berupaya menjadi medan untuk kakitangan seperti jabatan kerajaan menyatakan hasrat dan menyumbang idea bagi memperting­katkan daya kerja, gerakan kumpulan, misi dan visi organisasi.

“Dekon merupakan gabungan deklamasi dan gerak lakon dengan menjadikan puisi sebagai teksnya.

“Kita berharap dekon dapat menjadi wadah untuk pelbagai agensi perkhidmat­an awam di negeri ini bersemuka dalam satu medan keilmuan, kesenian dan kesusaster­aan.

“Bukan itu sahaja, kita mahu pertanding­an ini menjadi ruang untuk kakitangan perkhidmat­an awam daripada pelbagai jabatan dan agensi berbincang dan bertukar idea menerusi pengucapan yang berseni iaitu melalui luahan pemikiran, hasrat, minat dan perasaan yang harmoni, kritis dan indah,” jelasnya.

Sementara itu, kumpulan Enforcer memberitah­u, ‘Warkah Dari Penjara’ merupakan nukilan yang menceritak­an kisah pejuang tanah air iaitu Rosli Dhobi dan ia mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan.

 ??  ?? BERSAMA JUARA: Kumpulan Enforcer yang mewakili BDA dinobat juara pada Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Sarawak, malam kelmarin.
BERSAMA JUARA: Kumpulan Enforcer yang mewakili BDA dinobat juara pada Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Sarawak, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia