Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan Mahkamah Bumiputera, Majlis Adat Istiadat hampir siap

-

KUCHING: Projek pembinaan bangunan Mahkamah Bumiputera dan Majlis Adat Istiadat di Kota Samarahan kini sudah 97.6 peratus siap.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Kemajuan Tanah Datu Jaul Samion berkata, projek yang menelan kos RM29.8 juta itu berjalan dengan lancar dan dijangka siap Julai nanti.

“Dua bangunan ini di bawah inisiatif transforma­si kerajaan untuk membantu golongan Bumiputera di Sarawak dan kita amat gembira dengan perkembang­an projek ini.

“Setakat ini pembinaann­ya berjalan dengan baik dan hari ini ( kelmarin) secara fizikal projek sudah siap 97.6 peratus...hampir siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan bangunan Mahkamah Bumiputera dan Majlis Adat Istiadat di Lot 10176 dan 11010 Block 59 Muara Tuang, Kota Samarahan baru-baru ini.

Menurutnya, lawatan itu juga bagi mengenal pasti isuisu berkaitan dengan projek supaya perjalanan pembinaann­ya tidak terganggu.

Jaul memberitah­u, apabila siap nanti, bangunan itu akan menjadi tempat untuk golongan Bumiputera Sarawak menguruska­n halhal berkaitan.

Tambahnya, dua bangunan itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti galeri, ruang pameran yang akan mempaparka­n pelbagai bahan adat dan budaya masyarakat Bumiputera Sarawak.

“Kakitangan yang bertugas di sini akan berpindah ke bangunan ini pada Oktober tahun ini selepas kerja-kerja memeriksa dan pengujian dilakukan.

“Kami jangkakan majlis perasmian dua bangunan ini akan diadakan pada tahun ini juga,” ujarnya.

 ??  ?? TINJAU: Jaul (tiga kiri) mendengar penerangan daripada kakitangan Jabatan Kerja Raya mengenai perkembang­an pembinaan bangunan Mahkamah Bumiputera dan Majlis Adat Istiadat.
TINJAU: Jaul (tiga kiri) mendengar penerangan daripada kakitangan Jabatan Kerja Raya mengenai perkembang­an pembinaan bangunan Mahkamah Bumiputera dan Majlis Adat Istiadat.
 ??  ?? JALANKAN TANGGUNGJA­WAB: Dr Hazland (dua kanan) menyerahka­n surat lantikan ketua masyarakat kepada salah seorang ketua masyarakat merangkumi kawasan Demak Laut yang baharu dilantik, di Kuching, semalam.
JALANKAN TANGGUNGJA­WAB: Dr Hazland (dua kanan) menyerahka­n surat lantikan ketua masyarakat kepada salah seorang ketua masyarakat merangkumi kawasan Demak Laut yang baharu dilantik, di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia