Utusan Borneo (Sarawak)

LPT dipercayai laluan utama untuk seludup manusia

-

TEMERLOH: Sindiket yang menyeludup 10 warga Myanmar dalam sebuah kereta Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada 16 Jun lepas, dipercayai telah menggunaka­n lebuh raya itu sebagai laluan utama untuk menjalanka­n kegiatan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata siasatan awal mendapati ia dilakukan oleh sindiket terancang dan semasa kejadian dipercayai jumlah warga asing yang diseludup dengan cara yang sama lebih daripada 10 orang.

“Pada tarikh kejadian dipercayai bukan hanya 10 orang yang diseludup malah lebih ramai daripada itu dengan menggunaka­n kenderan lain,” katanya tanpa menjelaska­n butiran lanjut tentang perkara itu.

“Polis Pahang dengan kerjasama polis Bukit Aman kini masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung perkara itu,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini semalam.

Pada 16 Jun lalu empat warga Myanmar maut, manakala tujuh lagi termasuk pemandunya warga tempatan parah selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki terbabas di Kilometer 134.1 LPT dekat Temerloh pada kira-kira jam 4.30 pagi.

Beliau berkata, berdasarka­n siasatan awal, kesemua mangsa terbabit berasal dari Yangon membayar RM2,200 kepada sindiket berkenaan untuk dibawa masuk ke negara ini secara haram, manakala pemandu berkenaan dibayar RM500 bagi setiap perjalanan.

“Mereka kemudian akan dibawa melalui jalan sungai di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang Kelantan dan apabila sampai di sempadan, pendatang haram ini akan dibawa menaiki sebuah kereta yang telah diubahsuai dengan empat orang ditempatka­n di dalam but dan selebihnya di dalam kereta,” katanya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi tertentu, mereka kemudian akan berpecah di tempat berasingan yang tidak diketahui.

Katanya, hasil semakan juga mendapati kereta berkenaan didaftarka­n atas nama seorang wanita berasal dari Teluk Intan, Perak yang telah ditarik oleh wakil pihak bank, namun tidak diserahkan kepada bank sebaliknya digunakan oleh sindiket berkenaan.

Zakaria berkata, polis kini menahan reman pemandu kereta berkenaan berumur 29 tahun berasal dari Kelantan, mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia