Utusan Borneo (Sarawak)

PATI dipercayai tali barut kumpulan penculik

-

KUALA LUMPUR: Golongan pendatang asing tanpa izin ( PATI) dipercayai menjadi dalang kegiatan penculikan bersiri di kawasan Pantai Timur Sabah.

Pengarah Bahagian Perisikan Keselamata­n Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Nadzer Nordin berkata terdapat golongan PATI yang menyamar sebagai rakyat tempatan, menetap dan bekerja di kawasan pantai berkenaan.

Beliau berkata berdasarka­n maklumat, kemasukan penculik- penculik terbabit ke Sabah, yang bertujuan memeras ugut wang tebusan, dipercayai mendapat maklumat daripada PATI berkenaan.

“Ada di antara mereka yang bekerja di pusat peranginan dan kawasan ternakan ikan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan maklumat itu, ESSCom telah memberi amaran kepada pemilik pusatpusat peranginan termasuk pengusaha syarikat ternakan ikan agar tidak mengambil pekerja tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Ahmad Nadzer turut mendedahka­n sebanyak tujuh cubaan penculikan oleh pihak tertentu dapat ditumpaska­n selepas ESSCom ditubuhkan.

Berdasarka­n maklumat risikan, katanya terdapat 14 kumpulan penculik berasal dari selatan Filipina dan sekurangku­rangnya empat anggota kumpulan itu pernah melakukan kegiatan itu di Sabah.

“Kita telah kenal pasti kumpulan ini... bagaimanap­un siasatan lanjut perlu dijalankan termasuk mendapatka­n kerjasama daripada orang awam untuk mengecam anggota kumpulan ini termasuk pihak berkuasa Filipina sebelum mereka ditahan,” katanya.

Tahun ini, sebanyak tiga kes penculikan dilaporkan berlaku di Pantai Timur Sabah iaitu pada 2 April lepas, seorang lelaki warga China dan seorang pekerja wanita warga Filipina diculik di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia