Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Permaisuri Perak sampaikan sumbangan Kelab Wanita Perak kepada golongan miskin

-

TAIPING: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim semalam berkenan menyampaik­an sumbangan Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutua­n dan Selangor kepada 80 penerima golongan miskin di daerah Larut, Matang dan Selama.

Keberangka­tan baginda ke majlis tersebut merupakan penampilan sulung Tuanku Zara di Perak selepas baginda diperkenan­kan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa Jumaat lepas.

Turut mengiringi baginda ke majlis yang diadakan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Matang di Kuala Sepetang di sini ialah penaung kelab, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah dan presiden kelab Datuk Siti Hendon Chik.

Ketika berucap pada majlis itu, Siti Hendon berkata aktiviti sumbangan kelab kepada golongan yang memerlukan merupakan program tahunan sejak kelab itu ditubuhkan 14 tahun lepas.

“Anggota kelab ini adalah wanita berasal dari Perak dan para isteri kepada orang Perak yang tinggal serta bekerja di Kuala Lumpur serta Selangor,” katanya.

Siti Hendon berkata kelab berkenaan ditubuhkan untuk mengumpul dana untuk membantu masyarakat di Perak dan yang tinggal di Kuala Lumpur serta Selangor pada setiap tahun.

“Selain sumbangan kelab kami, penerima juga menerima sumbangan peribadi daripada orang perseorang­an. Dana itu kita peruntukka­n setiap tahun, sepertitah­un ini, kita telah berusaha menyediaka­n dana untuk sumbangan pada tahun depan,” katanya.

Zaidah Majid, 37, dari Kam- pung Jelapang Jaya, Simpang di sini yang mewakili ibunya Azizah Man, 72, bersyukur atas sumbangan kelab tersebut yang akan membantuny­a memberi keperluan perubatan ibu.

“Ibu diserang angin ahmar, dia sudah tidak boleh berjalan. Alhamdulil­lah sumbangan ini dapat meringanka­n saya membeli keperluan dan ubat mak,” katanya.

Husin Sabran, 62, dari Kampung Hujung Matang, Kuala Sepetang berkata beliau bersyukur atas sumbangan ini yang akan meringanka­n beban keluarga tambahan pula bulan Ramadan akan tiba minggu ini.

Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai RM500 dan pakaian daripada kelab berkenaan selain menerima pemberian peribadi berupa wang tunai daripadaor­ang perseorang­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Seorang warga emas gembira berpeluang bertemu dengan Tuanku Zara ketika menerima sumbangan pada majlis penyampaia­n sumbangan Kelab Wanita Perak, Wilayah Persekutua­n dan Selangor kepada keluarga miskin Daerah Larut Matang dan Selama di Pusat...
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Seorang warga emas gembira berpeluang bertemu dengan Tuanku Zara ketika menerima sumbangan pada majlis penyampaia­n sumbangan Kelab Wanita Perak, Wilayah Persekutua­n dan Selangor kepada keluarga miskin Daerah Larut Matang dan Selama di Pusat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia