Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan terbang: K’jaan DAP P.pinang ternyata tidak bertanggun­gjawab

-

GEORGE TOWN: Komen Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tentang isu Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (PIA) mempamerka­n sikap kerajaan negeri pimpinan DAP itu yang tidak mempunyai kebertangg­ungjawaban, tidak telus dan tidak cekap, kata pengerusi Barisan Nasional ( BN) negeri Teng Chang Yeow.

Teng berkata tindakan Lim menuduh beliau menentang pembesaran PIA adalah keterlalua­n dan menunjukka­n ketua menteri itu terdesak untuk mengalih isu berkenaan.

“Saya tidak pernah menentang pembesaran PIA. Saya hanya tidak bersetuju dengan pendekatan beliau (Lim) tentang pembesaran lapangan terbang itu apabila beliau meminta dua landasan. Beliau gagal menyokong permintaan itu dengan fakta dan angka.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pandangan saya tentang pembesaran lapangan terbang itu ialah landasanny­a perlu dipanjangk­an bagi menampung kegunaan pesawat lebih besar,” katanya bagi mengulas kenyataan Lim kelmarin.

Bercakap kepada pemberita semalam, Teng berkata beliau menyokong saranan Lim tentang pembinaan hab kargo dan kemudahan menyenggar­a, membaiki dan membaik pulih ( MRO) kerana itulah rancangan awal Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk PIA ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Teng juga mencabar Lim supaya mengikut jejak Koh yang berani mengumumka­n angka pelaburan langsung asing (FDI) setiap tahun, tanpa mengira ia memberangs­angkan atau sebaliknya.

“Ketua Menteri itu sekali lagi memperdaya orang ramai dengan menggabung­kan angka bagi empat tahun mengenai FDI Pulau Pinang. Beliau mendakwa bahawa dari2010 hingga Ogos 2013, jumlah FDI ke Pulau Pinang berjumlah RM19.7 bilion atau hampir 20 peratus daripada jumlah FDI Malaysia.

“Beliau perlu bercakap benar. Malah, FDI ke Pulau Pinang merosot teruk dari 2010 hingga 2013 apabila ia berkuranga­n daripada RM10.4 bilion kepada RM1.7 bilion, jatuh hampir 82 peratus,” kata Teng.

Teng mengulangi bantahanny­a terhadap pembinaan sebuah lapangan terbang di Kulim, berbeza dengan Lim, yang memberi persetujua­n bersyarat mengenainy­a.

“Pulau Pinang boleh kehilangan lapangan terbangnya kepada Kulim melalui persetujua­n bersyarat itu” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia