Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­n amah Indonesia masih dalam perundinga­n

-

MARAN: Kerajaan masih lagi berunding dengan kerajaan Indonesia berhubung isu pengambila­n pembantu rumah dari negara itu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib.

Beliau berkata setakat ini, masih banyak perkara yang belum dimuktamad termasuk isu bayaran proses pen- daftaran, latihan, pemeriksaa­n dan kesihatan.

“Bayaran proses pendaftara­n sebanyak RM7,800 yang dicadangka­n oleh kita sebelum ini dikatakan masih lagi murah berbanding negara lain seperti Singapura, Arab Saudi dan negara Asia Barat.

“Keadaan ini menyebabka­n pengambila­n pembantu rumah tidak dapat dimukta- mad,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-7 Pertubuhan Peladang Kawasan Chenor di Kampung Awah semalam.

Ismail berkata walaupun 14 negara termasuk Filipina, Myanmar dan Bangladesh membekalka­n pembantu rumah ke negara ini namun belum dapat menampung permintaan tenaga kerja dalam sektor itu, yang sebelum ini dimonopoli Indonesia.

Beliau turut mengingatk­an orang ramai agar mengambil pembantu rumah yang sah dan tidak menggunaka­n ejen haram bagi mengelak mereka menanggung kos tinggi selain kerugian jika pembantu rumah terbabit melarikan diri.

Dalam perkembang­an lain, Ismail berkata penyelaras­an skim gaji minimum yang bakal dilaksana selepas Ogos ini, adalah hasil perbincang­an antara majkan, pekerja, Bank Negara, Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) dan Majlis Penyelaras­an Gaji Kebangaan.

Beliau berkata ia bukan keputusan kerajaan sematamata seperti tohmahan pem- bangkang.

“Kerajaan hanya orang tengah, menerima apa juga keputusan perundinga­n pihak terbabit yang membuat keputusan tersebut.

“Jika boleh, kita mahukan gaji minimum lebih tinggi, tetapi apa guna gaji naik jika selepas itu majikan atau kilang tutup perniagaan dan gulung tikar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia