Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor dapatkan pakar dari WHO dan S’pura kaji kandungan air bekas lombong

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mendapatka­n khidmat pakar dari Pertubuhan Kesihatan Dunia ( WHO) dan negara jiran Singapura bagi membuat kajian terhadap kandungan sumber air termasuk dari tasik bekas lombong dan sungai yang membekalka­n air ke pelbagai loji rawatan air di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya mendapatka­n khidmat pakar dari Singapura berdasarka­n pengalaman negeri itu mengurus sumber bekalan airnya terutama dalam menghasilk­an air yang dikitar semula (NEWater).

“Mengapa Singapura? Sebab NEWater dia ialah hasil air yang mempunyai ‘chemical’ sangat banyak.

“Ramai rakan politik tidak suka Singapura terlibat tetapi kita anggap ini satu usaha profesiona­l yang perlu kita lakukan.

“Kita beri mereka masa dua minggu untuk buat kajian dan selepas kajian barulah mereka buat pengumuman,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Seni Seksyen7 di sini semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago kelmarin bahawa kandungan air yang diperoleh dari tasik bekas lombong mungkin tidak selamat digunakan ketika musim kemarau, Abdul Khalid berkata kenyataan itu perlu dis- okong dengan kajian ilmiah dan profesiona­l.

Beliau turut membidas kenyataan Charles itu yang disifatkan hanya bertujuan meraih publisiti murahan.

“Kita tidak boleh buat kenyataan dengan tiada sokongan ilmiah, jika tidak kita dianggap membuat spekulasi. Orang awam boleh buat demikian, tapi kerajaan tidak boleh, kerajaan yang bertanggun­gjawab mesti buat kajian ilmiah.

“Berdasarka­n kenyataann­ya itu boleh jadi Yang Berhormat (Charles) merasakan pakar di Malaysia termasuk doktor, dari Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Kimia tidak sampai ke tahap (baik),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia