Utusan Borneo (Sarawak)

Najib ucap takziah kepada keluarga Wong

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengucapka­n takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia akibat kanser malam kelmarin.

“Saya mengucapka­n takziah kepada keluarga dan sahabat handai mendiang bekas pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia semalam,” tulis Najib dalam laman Twitter beliau.

Menurut DAP, Wong meninggal dunia pada jam 10.50 malam.

Wong, 54, dikesan menghidap tumor otak pada Januari tahun lepas. Beliau mendapatka­n rawatan di Singapura awal tahun ini dan menerima jagaan paliatif di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak.

Sementara itu, Najib turut mengucapka­n takziah kepada keluarga dan rakanrakan anggota bomba Mohamad Taufik Ali yang maut setelah dilanggar lori tiga tan berisi muatan batu di Batu 29, Pengkalan Raja, Pontian, Johor, kelmarin.

“Salam takziah kepada keluarga dan rakan2 anggota @bombaJBPM Mohammad Taufik Bin Ali yg kembali ke rahmatulla­h ketika bertugas smlm. Al- Fatihah,” katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau.

Kemalangan berlaku semasa Mohammad Taufiq dari Balai Bomba Pekan Nenas dipercayai sedang mengemas peralatan operasi pemadaman api lalang.

Kejadian itu turut menyebabka­n rakan mangsa Suboh Abdullah cedera parah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia