Utusan Borneo (Sarawak)

Lokman, Tan melakar sejarah

Menjuarai Kejohanan Golf Sarawak Classic Ke-27 kategori masing-masing

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Usaha keras mengekalka­n mata pukulan rahsia kejayaan Mohd Lokman Mustaffa meraih kejuaraan pada Kejohanan Golf Sarawak Classic Ke-27 sekali gus menundukka­n juara tujuh tahun berturuttu­rut, Lee Ka Tung dengan hanya dua pukulan.

Kejuaraan tersebut merupakan kejuaraan pertama bagi pemain kelahiran Lawas yang mencatatka­n 145 pukulan selepas bertanding selama dua hari, manakala Lee yang juga bekas juara tahun 2012 mencatat 147 pukulan untuk menduduki tempat kedua semalam.

Lokman, 41, berkata, beliau tidak meletakkan sebarang tekanan kepada diri sendiri untuk berusaha keras bagi memenangi kejohanan itu.

“Saya bersaing dengan pelbagai tahap kehebatan lawan, namun langsung tidak memberi cabaran kepada saya kerana niat asal saya menyertai kejohanan ini adalah untuk berhibur bersama rakanrakan sepasukan yang lain.

“Namun, saya amat bersyukur dengan kemenangan ini dan saya begitu terhibur sepanjang kejohanan berlangsun­g,” katanya ditemui pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Sarawak Classic Ke-27 di Kelab Golf Sarawak (KGS) di sini semalam.

Lokman yang bermain dengan handicap empat, menjulang Piala Pusingan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George

Saya bersaing dengan pelbagai tahap kehebatan lawan, namun langsung tidak memberi cabaran kepada saya kerana niat asal saya menyertai kejohanan ini adalah untuk berhibur

” bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. Mohd Lokman Mustaffa Pemain golf

Chan sekali gus menjadi pemain bukan pilihan pertama merangkul gelaran juara.

Kejohanan itu turut menyaksika­n juara keseluruha­n kategori wanita dirangkul Tan Khlo-Wee yang baharu mencecah usia 22 tahun.

Tan juga berjaya menundukka­n juara bertahan, Laura Goh untuk merangkul kejuaraan buat kali pertama sejak berjinak dengan golf beberapa tahun lalu.

Tan mencatat 157 pukulan manakala Laura mencatat 168 pukulan untuk menduduki tempat kedua dan dalam kategori nett wanita dimenangi Eliza Mae Kho.

Penaung kejohanan golf Sarawak Classic, Dr Chan berkata, beliau berpuas hati dengan sambutan menggalakk­an terutama membabitka­n peningkata­n jumlah peserta.

“Peningkata­n jumlah peserta dilihat semakin memuaskan dan saya begitu berpuas hati dengan penganjura­n kejohanan pada kali ini.

“Saya berharap lebih ramai warga kota berbakat tidak kira peringkat usia mampu mencungkil bakat sedia ada melalui kejohanan atau apa juga pertanding­an golf yang dianjurkan,” katanya.

Lebih 250 pemain golf termasuk jemputan seluruh Sarawak bersaing pada kejohanan yang berakhir semalam.

Kejohanan tahun ini berjaya menarik peserta dari KGS, Persatuan Golf Junior Sarawak, Samarahan Country Club, Damai Golf and Country Club, Kelab Golf Penjara, Kelab Golf Sibu, Kelab Golf Bintulu dan Kelab Golf Miri.

Hadir sama Presiden Persatuan Golf Sarawak Hoan Kee Hock, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan serta isteri Dr Chan, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Lorna Enan Muloon.

 ??  ?? TAHNIAH: Lokman (tiga kiri) dan Tan (tiga kanan) masing-masing memegang piala juara baharu selepas menewaskan juara bertahan pada Kejohanan Sarawak Classic Ke-27 di KGS, Kuching semalam.
TAHNIAH: Lokman (tiga kiri) dan Tan (tiga kanan) masing-masing memegang piala juara baharu selepas menewaskan juara bertahan pada Kejohanan Sarawak Classic Ke-27 di KGS, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia