Utusan Borneo (Sarawak)

Galak anak-anak ketengah bakat dalam sukan, kata Lee

-

MIRI: Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin mengalu- alukan penganjura­n pertanding­an sukan khususnya kalangan anakanak muda dalam membantu menghasilk­an atlet yang berkaliber dan berkualiti suatu hari nanti.

Jelas beliau, penganjura­n pertanding­an tersebut secara langsung memberikan galakan serta mengasah bakat generasi belia agar mereka mampu mewakili negara pada suatu masa nanti.

“Berikan sokongan dan galakkan kepada anakanak kita untuk melibatkan diri dalam bidang sukan yang mereka gemari perlu bagi menerapkan semangat mereka untuk mengetenga­hkan bakat masing- masing.

“Malah, sekiranya mereka digilap dan diberikan latihan berterusan dalam sukan yang mereka ceburi, ia boleh dijadikan sebagai landasan kepada mereka menjadi seorang atlet mampu mengharumk­an nama negara,” katan pada majlis penutupan Kejohanan Renang Kelab Antara Kumpulan Kelab Gymkhana Miri ( GCM) 2014 di sini semalam.

Lee yang juga Menteri Muda Perhubunga­n berkata, selain membina keyakinan dan sihat tubuh badan aktiviti sukan turut perlu diseimbang­kan dengan tuntutan ilmu dalam akademik dan kokurikulu­m agar mampu menjamin kualiti diri.

Mengenai kejohanan terbabit, beliau berharap sukan renang dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memberikan peluang kepada generasi muda menunjukka­n bakat terpendam mereka.

“Pada masa sama, kita turut boleh membantu mempromosi­kan sukan renang yang semakin popular di kalangan kanak- kanak,” ujarnya.

Sementara itu, seramai 270 perenang dari 11 pasukan menyertai kejohanan yang berlangsun­g pada Jumaat lalu.

Pasukan- pasukan yang bertanding masing- masing mewakili Kuching, Sibu, Sabah, Brunei dan India selain tuan rumah, Miri.

Pasukan berkenaan termasuk tiga dari Brunei iaitu Dolphin Swimming Club, Jerudong Swimming Clu, MICIA Swimming Club, tiga pasukan dari GCM, Kelab Rekreasi Petroliam dan Kelab Renang Pujut Miri, dua dari Sabah iaitu Blue Marlin Swimming Club dan Kelab Renang Sea Dragon manakala selebihnya Born To Swim ( India), Sibu Flying Fish ( Sibu) dan Sarawak Club ( Kuching).

Kejohanan terbabit merupakan salah satu acara tahunan GCM menggalakk­an orang awam mengamalka­n gaya hidup sihat.

Hadir sama Pengerusi Penganjur, Liza Chai.

 ??  ?? TERBAIK: Lee dan Liza (tengah) bersama perenang GCM mengambil bahagian pada Kejohanan Renang Kelab Antara Kumpulan GCM 2014 di Miri semalam.
TERBAIK: Lee dan Liza (tengah) bersama perenang GCM mengambil bahagian pada Kejohanan Renang Kelab Antara Kumpulan GCM 2014 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia