Utusan Borneo (Sarawak)

Klose selamatkan maruah Jerman

-

FORTALEZA, Brazil: Miroslav Klose menyamai rekod jaringan bintang legenda dari Brazil, Ronaldo, yang menjaringk­an 15 gol di Piala Dunia dan menyelamat­kan maruah Brazil ketika mengikat Ghana 2-2 dalam aksi Kumpulan G Sabtu lepas.

Mario Goetze membuka jaringan buat Jerman sebelum gol Andre Ayew dan Asamoah Gyan mengancam mencipta kejutan di Fortaleza.

Tetapi Klose mengikat kedudukan buat Jerman ketika berbaki 19 minit permainan.

“Ia tidak penting sama ada saya bermula dalam kesebelasa­n utama atau dari bangku simpanan, semua perlawanan adalah penting dan 15 gol dalam 20 perlawanan Piala Dunia bukan sesuatu yang teruk,” kata penyerang veteran itu.

Kapten Jerman, Phillip Lahm enggan menjadikan cuaca panas sebagai sebab di atas prestasi hambar mereka.

“Ia adalah 90 minit yang sukar, cuaca tidak boleh dijadikan alasan, kami tidak cukup agresif dan memberikan banyak ruang kepada mereka,” kata Lahm, yang seperti beberapa pemain berpengala­man mengalami kekecewaan di separuh akhir pada Piala Dunia 2006 dan 2010.

“Kami mempunyai peluang lebih baik tetapi secara keseluruha­nnya, kami tidak dapat berpuas hati.”

Gyan, dengan gol itu membolehka­n beliau menyertai bintang legenda Cameroon, Roger Milla sebagai penjaring gol terbanyak dari benua Afrika di Piala Dunia dengan lima gol, berkata mereka bermain dengan lebih baik berbanding ketika tewas 1-2 kepada Amerika Syarikat (AS).

“Kami percaya dengan diri kami sendiri hari ini,” kata beliau.

“Saya fikir dari segi taktik, kami cukup sempurna hari ini.

“Sekarang kami harus menewaskan Portugal. Kami harus memberikan fokus tetapi kami percaya kami boleh menewaskan mereka.”

Dengan AS bermain lewat menentang Manaus, keputusan seri itu menghidupk­an peluang Ghana untuk meneruskan kemaraan.

Jerman boleh disingkirk­an dari tangga teratas kumpulan dan harus menewaskan AS pada perlawanan terakhir untuk melangkah ke pusingan kedua.

Selepas menguasai permainan dalam separuh masa kedua, dan hanya dinafikan oleh ketangkasa­n penjaga gol Manuel Neuer – yang menepis cubaan Sulley Muntari dan Christian Atsu – Ghana kelihatan mengurangk­an asakan dalam separuh masa kedua.

Thomas Mueller mengumpan bola kepada Goetze dalam kotak penalti dan pemain tengah Bayern Munich itu gagal melakukan tandukan tetapi bola terkena lututnya sebelum melantun melepasi penjaga gol Ghana, AbdulFataw­u Dauda.

Gol itu bagaimanap­un bertahan hanya tiga minit apabila Harrison Afful melakukan umpanan kepada Ayew di dalam kotak penalti.

Sembilan minit kemudian, Ghana menyentak Jerman dengan gol kedua apabila Muntari merampas bola dari Lahm di bahagian tengah dan melorong bola kepada Gyan untuk menewaskan Neuer sekali lagi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia