Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Nelayan ‘badang’ Bintulu

-

BINTULU: Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu A dinobatkan sebagai `orang kuat Bintulu’ setelah muncul juara Tarik Tali sempena Pesta Gudi Sarawak 2014 apabila menewaskan Undergroun­d Power B ( Jabatan Hutan) kategori A (lelaki) di padang tapak Lapangan Terbang Lama semalam.

Ia sekali gus menobatkan Undergroun­d Power B sebagai naib juara dan tempat ketiga disandang Persatuan Bomba Sukarela Jumbo Squad Jepak Bintulu.

Juara kategori B pula menjadi milik Jepak, naib juara CVU dan ketiga KRT Kemunting.

Manakala juara kategori D disandang oleh Undergroun­d Power A, naib juara Jepak A dan ketiga Bomba Sukarela Kemunting.

Juara kategori A wanita milik JPAM Bintulu, naib juara Komuniti 1Malaysia Sebezau dan ketiga Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu B.

Pertanding­an itu turut disertai pasukan Amalgamate­d Plant Engineerin­g Sdn Bhd dan PERKEP IPD Bintulu.

Juara menerima hadiah wang tunai RM1,000, pingat, piala dan sijil penyertaan. Diikuti naib juara dan tempat ketiga

masing-masingnya menerima hadiah wang tunai RM600 dan RM400 serta piala, pingat dan sijil penyertaan.

Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Timbalan Residen Bintulu, Richard Michael Abunawas.

Pertanding­an tersebut anjuran Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu

dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Bintulu Port Holdings Berhad sejak kelmarin dan berakhir semalam.

 ??  ?? JUARA: Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu A menerima hadiah daripada Richard (tiga kiri) di Bintulu semalam.
JUARA: Persatuan Nelayan Kawasan Bintulu A menerima hadiah daripada Richard (tiga kiri) di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia