Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain tempatan kurang sengat

Sarawak gagal menyaingi Selangor beraksi tanpa pemain import

- Oleh Mahathir Haroun

KUCHING: Bermain tanpa pemain import menyebabka­n Sarawak gagal menyaingi Selangor apabila tewas 3-0 pada aksi Liga Super 2014 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Perlawanan itu menyaksika­n Ngap Sayot beraksi tanpa dua penggempur utama, Ryan Griffiths yang digantung perlawanan manakala Muamer Salibasic dilanda cedera.

Sarawak juga tidak menurunkan pertahanan import kental, Gabor Gyepes yang mengalami kecederaan serius dan Hassan Mohamad.

Jentera penggempur Sarawak bergantung kepada pemain tempatan, Mohd Rashid Aya dan Akmal Rizal dilihat agak sukar menembusi pertahanan Selangor dikemudika­n oleh Stilianos Pantelidis.

Paulo Rangel meledakkan jaringan pada minit ke-42 selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut.

Selepas gol Selangor itu, Sarawak berusaha menjaringk­an gol penyamaan namun penyudah tumpul Mohd Rashid menyebabka­n anak-anak buah Robert

“”

Kita bermain tanpa pemain import, kalau mereka (pemain import) ada mungkin keputusan akan berbeza. Robert Alberts Ketua jurulatih

Alberts menggigit jari.

Serangan balas Selangor pada minit ke-61 berhasil apabila hantaran lintang Andik Vermanshah disudahi dengan berkesan oleh Rangel, pemain import dari Brazil.

Anak-anak buah Mehmet Durakovic terus bernafsu untuk menjaringk­an gol dan Hazwan Bakri menjaringk­an gol ketiga.

Alberts ketika dihubungi semalam berkata, agak sukar untuk bermain tanpa pemain import yang mempunyai pengaruh dalam padang.

“Kita bermain tanpa pemain import, kalau mereka (pemain import) ada mungkin keputusan akan berbeza.

“Perlawanan ini menyaksika­n kita menurunkan semua pemain tempatan,” katanya.

Tambahnya, Selangor menurunkan tiga pemain import dan dua jaringan disempurna­kan pemain import.

“Kita lihat pemain import, Rangel menjaringk­an dua gol. Ini menunjukka­n bagaimana pemain import dapat mempengaru­hi prestasi pasukan,” ujarnya.

Bagaimanap­un, beliau tetap memuji anak-anak buahnya yang menunjukka­n permainan cemerlang dan memuaskan dengan merencanak­an beberapa peluang.

Perlawanan seterusnya menyaksika­n Sarawak menentang JDT di Stadium Negeri pada 25 Jun (Rabu) ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBISA: Pemain Selangor, Paulo Range (depan) bersama rakan sepasukann­ya meraikan jaringan pertama ketika menentang Sarawak pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam di Shah Alam malam kelmarin.
— Gambar Bernama BERBISA: Pemain Selangor, Paulo Range (depan) bersama rakan sepasukann­ya meraikan jaringan pertama ketika menentang Sarawak pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam di Shah Alam malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia