Utusan Borneo (Sarawak)

Cahill percaya Australia mampu mencipta ‘kejutan’

-

CURITIBA, Brazil: Walaupun Australia sudah disahkan gagal layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2014, penjaring terbanyak pasukan, Tim Cahill percaya bola sepak Australia boleh mengambil satu langkah yang besar dengan mencipta kemenangan ke atas bekas juara dunia, Sepanyol hari ini.

Kedua-dua pasukan telah tersingkir awal dari saingan apabila masing-masing tewas kepada Chile dan Belanda tetapi ketika Sepanyol mengharung­i pengalaman buruk mempertaha­n kejuaraan di Brazil, Australia boleh mengambil pengalaman positif dengan prestasi memberangs­angkan.

Skuad kendalian Ange Postecoglo­u mendahului Belanda pada satu ketika dalam separuh masa kedua hasil gol Cahill dan Mile Jedinak sebelum Belanda akhirnya menang 3-2.

Cahill tidak dapat bermain perlawanan hari ini selepas menerima kad kuning kedua kejohanan tetapi menyokong rakan sepasukann­ya untuk mencipta sejarah.

“Kami mempunyai satu lagi perlawanan dan ia bukan hanya tentang Tim Cahill,” kata bekas pemain Everton itu.

“Perlawanan terakhir ini adalah sangat penting. Jika kami menewaskan Sepanyol, ia merupakan salah satu saat terbesar dalam sejarah bola sepak Australia.”

Australia tiba di Brazil sebagai pasukan ranking dunia paling bawah pada kejohanan itu tetapi mereka tetap tidak gentar dengan la- wan lebih gah apabila memberikan saingan yang kuat ketika menentang Chile dan Belanda setakat ini.

Dan kapten pasukan, Jedinak, berazam untuk meninggalk­an kejohanan dengan sesuatu yang boleh dibanggaka­n.

“Ia bergantung kepada kami sekali lagi dan cuba mendapatka­n sesuatu dari perlawanan ini,” kata beliau.

“Kami sudah melakukann­ya dalam dua perlawanan dan walaupun kami tidak mendapat sebarang mata, ia adalah masa untuk kami mendapatka­n sesuatu yang selayaknya.”

Penilaian ke atas penyingkir­an awal Sepanyol selepas memenangi tiga kejohanan besar secara berurutan sudah bermula dengan keraguan tentang kedudukan jurulatihn­ya, Vicente del Bosque.

Bekas jurulatih kelab Real Madrid itu menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai masa depan dirinya sehingga beliau kembali ke Sepanyol tetapi beliau dijangka melakukan beberapa pertukaran ke dalam skuad yang gagal menangani permainan Chile sebelum tewas 0-2 pada perlawanan hari Rabu lepas.

Kapten pasukan, Iker Casillas, Xavi Hernandez dan Xabi Alonso mungkin sudah bermain perlawanan terakhir untuk Sepanyol dengan Pepe Reina, Koke dan Santi Cazorla dijangka akan diberi peluang.

Bagaimanap­un, pemain pertahanan Sepanyol, Raul Albiol menegaskan bahawa mempertaha­nkan maruah adalah motivasi pasukan untuk bersaing sehingga ke wisel penamat dan memastikan mereka pulang dengan sekurang- kurangnya satu mata.

“Kami sudah tersingkir dari Piala Dunia tetapi kami perlu mencipta kemenangan dan membawa pulang supaya kami tidak berada di tangga terbawah kumpulan.

“Kami mewakili negara kami dan ini adalah 90 minit terakhir yang sangat penting.

“Malangnya, kami pulang lebih awal tetapi apabila beraksi di Piala Dunia, ia memberikan motivasi kepada anda.”

Gerard Pique juga dijangka tidak beraksi pada perlawanan hari ini kerana diragui kecergasan­nya selepas tidak berlatih Sabtu lepas kerana kecederaan lutut. — AFP

 ??  ?? CAHILL
CAHILL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia