Utusan Borneo (Sarawak)

Belanda, Chile elak bertemu Brazil

-

SAO PAULO, Brazil: Belanda dan Chile bersaing merebut tempat teratas Kumpulan B hari ini dan berharap untuk mengelak pertemuan menentang juara dunia lima kali yang juga tuan rumah, Brazil.

Kedua- dua pasukan sudah mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua selepas masing-masing memenangi dua perlawanan pertama dan menyingkir­kan juara bertahan, Sepanyol dan Australia.

Hanya perbezaan dua gol memisahkan kedua-dua pasukan dengan Belanda berada di tangga teratas ekoran kemenangan 5-1 ke atas Sepanyol dan 3-2 ke atas Australia.

Brazil menjadi pilihan utama untuk memenangi saingan Kumpulan A dan ini bermakna mereka akan bertemu naib juara Kumpulan B – satu perlawanan yang tidak mahu dihadapi oleh Belanda dan juga Chile.

Tetapi dengan kedudukan semasa Kumpulan A, di mana Brazil, Mexico dan Croatia hanya dipisahkan dengan satu mata, juara kumpulan B masih belum diketahui setakat ini.

Ia satu faktor yang sukar di mana Belanda atau Chile akan tentukan sebelum perlawanan di Corinthian­s Arena di sini hari ini.

Arjen Robben melakukan larian selaju 37 kilometer sejam, satu rekod untuk seorang pemain bola sepak ketika membantu Belanda membelasah Sepanyol tetapi ia masih belum diketahui jika pemain sensasi kelab Bayern Munich itu akan menyerlah lagi hari ini, dengan tumpuan lebih diberikan kepada saingan di pusingan kedua kejohanan.

Robben dan Robin van Persie mencuri perhatian di Piala Dunia dengan masing-masing menjaringk­an tiga gol dan lebih banyak gol diperlukan jika Belanda melangkah ke final kedua berturut-turut di Piala Dunia.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal, yang akan bekerjasam­a dengan Van Persie di Manchester United musim hadapan, akan cuba mencari kekuatan benteng pertahanan yang lebih baik selepas aksi hambar ketika menentang Australia.

Menentang salah sebuah pasukan kurang diberi pilihan, Belanda ketinggala­n 1-2 kepada Australia pada masa rehat sebelum gol Van Persie dan Memphis Depay menyelamat­kan maruah mereka.

“Saya perlu mengubah sesuatu pada masa rehat untuk meningkatk­an keyakinan dan mengubah pemikiran mereka,” kata van Gaal.

“Nasib baik ia berhasil tetapi ia boleh berlaku sebaliknya. Untuk bangkit dan memperbetu­lkan situasi menunjukka­n kekuatan mental pasukan ini.”

Belanda mungkin akan berdepan pasukan Chile yang kurang kuat selepas pemain utamanya, Arturo Vidal dan Charles Aranguiz, tidak berlatih Jumaat lepas.

Kedua-dua pemain, yang memiliki satu kad kuning, mengalami kecederaan selepas menewaskan Sepanyol 2- 0 tetapi Vidal berkata beliau tidak bimbang untuk menerima kad kuning kedua – menyebabka­n beliau tidak akan bermain pada perlawanan pusingan kedua.

“Skuad ini menunjukka­n kehebatann­ya dan kerana itu saya tidak begitu memikirkan tentang kad kuning,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CARI RAMUAN: Van Gaal akan cuba pastikan benteng pertahanan­nya mampu kekang asakan Chile selepas aksi hambar ketika menentang Australia.
— Gambar AFP CARI RAMUAN: Van Gaal akan cuba pastikan benteng pertahanan­nya mampu kekang asakan Chile selepas aksi hambar ketika menentang Australia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia