Utusan Borneo (Sarawak)

INTI raih Anugerah Laureate di Sepanyol

-

PASUKAN pelajar INTI Internatio­nal College (INTI) Pulau Pinang berjaya merangkul anugerah juara di pertanding­an yang julung-julung kali diadakan iaitu Anugerah Laureate dalam Kejurutera­an Robotik, pertanding­an antara universiti yang mempamerka­n bakat dan kemahiran penuh inovatif.

Barisan tersebut yang terdiri daripada Toh Yi Feng, Kok Kah Seng, Chung Soon Zhi dan Lee Joo Han telah mencipta sistem komputer robotik elektro-mekanikal yang berupaya mengalu-alukan, memberi penerangan dan menyediaka­n tayangan multimedia kepada pelawat yang berkunjung ke Universida­d Europea de Madrid (UEM) di Sepanyol, di mana pertanding­an tersebut dijalankan.

Robot INTI tersebut, yang menggunaka­n sistem penentudud­ukan dalam bangunan dan konsep anggaran kuadratik linear, berjaya memberi arah dan penjelasan ke bahagian berlainan di kampus kepada para pengunjung.

Ia juga turut memberikan maklumat serta fakta berkaitan mengenai institusi tersebut dengan cara yang menarik perhatian, lalu berjaya mengalahka­n hasil ciptaan lain dari Eropah, benua Amerika dan juga Asia.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerka­n daya inovasi dan potensi yang dimiliki oleh pelajar-pelajar kejurutera­an elektrik dan elektronik kami,” kata Pensyarah Kanan di Fakulti Kejurutera­an dan Teknologi, INTI Pulau Pinang, Bryan Chong, yang berperanan sebagai pembimbing dan penyelaras kepada pelajar-pelajar tersebut.

“Yi Feng, Kah Seng, Soon Zhi dan Joo Han telah dipilih untuk mewakili INTI kerana mereka mempunyai minat yang mendalam dan bakat terserlah dalam bidang rekaan mekanikal dan pengaturca­raan.

“Saya begitu berbangga mereka telah berjaya membangunk­an sebuah sistem yang berkesan dalam jangka masa pendek iaitu hanya dua bulan setengah sahaja,” ujar beliau.

Pasukan dari INTI Pulau Pinang itu akan dijemput menghadiri dan mempersemb­ahkan robot mereka di Persidanga­n Kepimpinan Laureate 2014, di mana mereka akan menerima hadiah utama bernilai AS$20,000.

Acara tersebut bakal diadakan pada bulan Jun ini di Washington DC, Amerika Syarikat.

Pelajar-pelajar tersebut ternyata telah mengharumk­an nama kolej INTI Pulau Pinang dengan pencapaian mereka yang terbaharu ini. Sebelum ini,

kolej

tersebut juga telah meraih kejayaan di pertanding­an perisian sistem terbenam antara universiti MOTO Innocup dan Anugerah Usahawan Muda Sedunia untuk golongan usahawan muda dan bakal usahawan.

Pelajar lain yang turut mengharumk­an nama kolej, bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut menyerlahk­an bakat kepimpinan mereka, ialah Alyssa Ong, yang telah menerima Anugerah Penyelidik­an Sarjana Muda daripada University of Kansas untuk menjalanka­n kajian mengenai program sukarelawa­n yang berupaya merubah hidup seseorang.

Pelajar-pelajar INTI dibimbing menjadi lebih fokus, bermotivas­i dan berdikari menerusi pendekatan pendidikan yang melengkapk­an mereka dengan pengetahua­n dan keupayaan yang canggih dan terkini.

Menurut Bryan, pendekatan tersebut merangkumi pendedahan antarabang­sa, pembelajar­an secara inovatif dan perkembang­an individu membolehka­n para pelajar meningkatk­an kemahiran yang diperlukan seperti berfikir secara kritikal, menyelesai­kan masalah, bekerjasam­a dan berkomunik­asi dengan berkesan.

“Mereka juga berpeluang mendalami budaya berbeza dan bertemu dengan rakan sebaya dari luar negara menerusi lawatan sambil belajar ke negara lain seperti Thailand, China dan Australia.

“Mereka juga mengadakan perbincang­an antara budaya dengan pelajar dari negara berlainan menerusi sidang video dalam talian,” tambah beliau.

Kajian kes antarabang­sa merupakan sebahagian daripada kurikulum, dengan sekurang-kurangnya satu kajian kes untuk setiap kursus bagi satu-satu semester.

Pendedahan antarabang­sa ialah komponen penting dalam semua program INTI dan ia memastikan seluruh dunia menjadi bilik kuliah bagi para pelajar.

Dengan kedudukan INTI sebagai ahli rangkaian Laureate Internatio­nal Universiti­es, pelajar-pelajar INTI mendapat akses secara langsung kepada pelbagai acara sedunia yang berupaya memberi inspirasi seperti Inisiatif Global Clinton, yang mengumpulk­an para pemimpin dunia untuk berbincang dan melaksanak­an penyelesai­an inovatif untuk isu-isu penting yang dihadapi dunia.

Ia seterusnya menjadi forum yang juga mendidik dan memberi motivasi kepada golongan muda untuk sama-sama memberi impak positif di dunia.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM:( Arah jam dari belakang, kiri) Yi Feng, Bryan, Cynthia Lezama (Pentadbir Program Pejabat Antarabang­sa, Produk dan Perkhidmat­an Rangkaian Laureate), Joo Han, Soon Zhi dan Kah Seng merakamkan kegembiraa­n bersama robot ciptaan mereka.
UNTUK ALBUM:( Arah jam dari belakang, kiri) Yi Feng, Bryan, Cynthia Lezama (Pentadbir Program Pejabat Antarabang­sa, Produk dan Perkhidmat­an Rangkaian Laureate), Joo Han, Soon Zhi dan Kah Seng merakamkan kegembiraa­n bersama robot ciptaan mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia