Utusan Borneo (Sarawak)

Guru diminta terangkan PT3 kepada ibu bapa

- — Bernama

GURU diminta membantu memberi penerangan kepada ibu bapa tentang peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula Julai ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanath­an berkata penjelasan itu boleh diberikan menerusi sesi pertemuan khas atau platform Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Kementeria­n mahu guru-guru kerap berjumpa ibu bapa bagi memberi penjelasan dan pencerahan berhubung perkara ini sebab ada sebilangan yang belum memahami apa itu peperiksaa­n PT3.

“Kita tidak mahu bila peperiksaa­n ini telah dilaksanak­an, ada lagi ibu bapa yang tidak faham mengenainy­a,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bersama-sama pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam, Jumaat lepas.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar tidak ragu-ragu dan memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanak­an sistem peperiksaa­n PT3 bagi menggantik­an peperiksaa­n Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Kamalanath­an berkata guru besar dan guru juga perlu mempunyai pemahaman mendalam tentang peperiksaa­n tersebut supaya mereka tahu mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaa­nnya nanti.

Pada 14 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumka­n peperiksaa­n PT3 bagi menggantik­an PMR bermula 1 Julai ini dan ia akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai.

Ini akan diikuti ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula pada 12 hingga 17 Okt depan dan ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia