Utusan Borneo (Sarawak)

AADK Daerah Sibu dan Mukah anjur program antidadah di PPKS Mukah

-

PUSAT Pembanguna­n Kemahiran Sarawak ( PPKS) Mukah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) Daerah Sibu dan Mukah telah menganjurk­an program yang bertemakan ‘ PPKS Mukah Antidadah’.

Program yang bermatlama­t memberi kesedaran akan kemudarata­n dadah kepada kesihatan dan nyawa sekali gus menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah itu merupakan sebahagian daripada aktiviti Minggu Suaikenal 2014 PPKS Mukah, baru-baru ini.

Para pelatih baharu kursus Pembuat Pakaian Wanita Tahap Satu dan Dua serta Pemasangan dan Penyelengg­araan Elektrik Satu Fasa- Tahap Dua yang menyertai program tersebut telah diperkenal­kan kepada latar belakang, fungsi dan peranan AADK, sebuah agensi di bawah Kementeria­n Dalam Negeri, melalui ceramah yang disampaika­n Mohamed Tumi.

Selain daripada itu, beliau turut mendedahka­n para peserta kepada jenisjenis dadah, tanda- tanda dan kesan penagihan dadah, punca-punca penagihan dan sebagainya.

Kesan-kesan negatif kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara juga turut diperli- hatkan kepada mereka. Malah, hukuman-hukuman berat yang menanti para pengedar dadah juga ditonjolka­n.

Untuk lebih mendalami tentang bahaya dadah ini, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan. Melalui LDK, para peserta telah membentang­kan hasil tugasan masing-masing untuk dikongsika­n bersama rakan-rakan.

Semasa sesi LDK juga, pegawai- pegawai AADK turut berkongsi tip-tip untuk mengelakka­n diri daripada dadah kepada peserta-peserta.

Walaupun AADK turut berperanan merawat dan memulih penagih dadah melalui pelbagai saluran antaranya Klinik Cure and Care 1Malaysia, para peserta diingatkan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Walaupun gejala dadah tidak mengenal usia, golongan belialah yang paling ramai terjerumus ke dalam kancah tersebut.

Justeru, adalah diharapkan melalui program pendidikan seumpama ini dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan dadah sekali gus bersama-sama membantera­s dan menghapusk­an gejala dadah dalam negara.

Selain merakamkan setinggi- tinggi penghargaa­n kepada pihak AADK Daerah

Sibu dan Mukah, Pemangku Pengarah Kampus PPKS Mukah Zainal Abiddin Ahmad turut mempelawa pihak AADK khususnya dan pihak-pihak lain untuk terus menjalinka­n kerjasama bagi melaksanak­an aktiviti- aktiviti yang melibatkan golongan belia pada masa akan datang.

Program yang berjalan dengan jayanya itu telah dikendalik­an Mohamed, Shamsuzima­n Ebni, Brain (AADK Daerah Sibu) dan Enddyson Thomas (AADK Daerah Mukah).

 ??  ?? Oleh Nicklos Louis Kaderi PENGHARGAA­N: Zainal (kanan) menyampaik­an cenderamat­a
kepada seorang Pegawai AADK Sibu. TERIMA KASIH: Zainal (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohamed sebagai tanda penghargaa­n. SEBAGAI KENANGAN: Zainal (duduk tengah)...
Oleh Nicklos Louis Kaderi PENGHARGAA­N: Zainal (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada seorang Pegawai AADK Sibu. TERIMA KASIH: Zainal (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohamed sebagai tanda penghargaa­n. SEBAGAI KENANGAN: Zainal (duduk tengah)...
 ??  ?? BAGUS: Para pelatih puas hati sambil menunjukka­n tanda bagus setelah selesai pembentang­an Latihan Dalam Kumpulan.
BAGUS: Para pelatih puas hati sambil menunjukka­n tanda bagus setelah selesai pembentang­an Latihan Dalam Kumpulan.
 ??  ??
 ??  ?? CERAMAH: Mohamed (kanan) menyampaik­an ceramah kepada para pelatih PPKS Mukah.
CERAMAH: Mohamed (kanan) menyampaik­an ceramah kepada para pelatih PPKS Mukah.
 ??  ?? INGIN TAHU: Temu bual seorang pelatih PPKS Mukah bersama
Mohamed.
INGIN TAHU: Temu bual seorang pelatih PPKS Mukah bersama Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia