Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Filem Antarabang­sa Shanghai

beri penekanan yang lebih besar terhadap sinema China hari ini

-

FESTIVAL Filem Antarabang­sa Shanghai yang dibuka pada 21 Jun lepas dan berlangsun­g selama sembilan hari memberi penekanan lebih berat terhadap sinema China selain menjadi tempat untuk beberapa bintang Hollywood mempromosi­kan hasil kerja terbaharu mereka.

Acara tahunan itu telah diadakan sejak 1993 namun satu acara serupa di ibu negara politik Beijing telah mencuri sebahagian daripada tumpuan walaupun ia baharu sahaja dilakukan selama empat tahun, menurut pegawai industri.

“Pusat filem China adalah Beijing,” kata seorang pengkritik filem Raymond Zhou, namun beliau menambah: “Festival filem Shanghai telah melahirkan penonton setia di mana kesemua mereka adalah peminat filem. Setiap tahun, terdapat banyak filem klasik ditayangka­n.”

Semasa pembukaan rasmi, aktres Nicole Kidman yang mempromosi­kan ‘Grace of Monaco’ semasa festival, menerima satu anugerah bagi pencapaian cemerlang untuk perfileman.

“Saya sukakan wanita China. Saya suka kerana mereka kuat dan mempunyai satu sifat bergurau yang sangat baik,” kata Kidman semasa menjawab kepada satu soalan mengenai budaya China.

“Itu adalah impian saya, suatu hari nanti untuk memegang watak sebagai seorang wanita China,” kata beliau sambil ketawa.

Sebelum upacara pembukaan, bintang filem serta pengarah dari luar dan Asia berjalan di atas karpet merah dalam keadaan cuaca yang agak panas.

Pelakon Amerika John Cusack, sekarang berada di China melakukan penggambar­an bagi filem ‘Dragon Blade’, menyertai pelakon aksi Hong Kong Jackie Chan yang turut membintang­i filem berkenaan ke festival.

Pelakon Hugh Grant, yang mana filem beliau ‘The Rewrite’ ditayangka­n semasa

festival, menerima satu pelajaran ringkas dalam dialek Shanghai daripada seorang pengacara, mengulangi “Saya suka Shanghai” yang disambut dengan jeritan gembira oleh peminat. Shanghai telah memberi kepercayaa­n kepada bintang utama sinema China, aktres Gong Li, bagi mengetuai panel juri yang sebelum ini biasanya diberikan kepada seorang pengarah dari luar negara.

Penganjur festival telah memilih sebuah filem China, ‘Stage Sisters’ yang dikeluarka­n pada 1965, mengenai dua orang artis opera China, sebagai filem pembukaan manakala penghormat­an utama adalah bagi meraikan pembikin filem China ‘Generasi kelima’ sejak tahun 1980-an, termasuk pengarah Zhang Yimou.

China adalah box office kedua terbesar di dunia dengan 3.6 bilion pada tahun lepas, iaitu hanya di belakang Amerika Utara, menurut Motion Picture Associatio­n of America.

Namun filemfilem asing yang memasuki China berada di bawah satu kuota tahunan dengan hanya 34 filem dari luar ditayangka­n setiap tahun selain berdepan penapisan oleh pihak berkuasa kebudayaan yang memotong kandungan yang dilihat sebagai sensitif dari segi politik atau lucah.

 ??  ?? JACKIE CHAN
JOHN CUSACK
NICOLE KIDMAN
HUGH GRANT
SONG SEUNG HEON
JACKIE CHAN JOHN CUSACK NICOLE KIDMAN HUGH GRANT SONG SEUNG HEON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia