Utusan Borneo (Sarawak)

Clint Eastwood kembali lagi dengan filem baharu ‘Jersey Boys’

- Oleh Romain Raynaldy

LOS ANGELES: ‘Jersey Boys’ telah mencatatka­n kejayaan di pentas global, tetapi versi filem baharu arahan Clint Eastwood mengetenga­hkan permusuhan, urusan mencurigak­an dan rekod hit kumpulan megastar pada zaman 1960-an The Four Seasons.

Filem itu, berdasarka­n muzikal Broadway yang popular berkenaan, memberi tumpuan kepada gelagat penyanyi Frankie Valli dan gitaris Tommy DeVito apabila mereka tidak mendendang­kan lagu-lagu single 10 teratas seperti ‘Sherry’ dan ‘Oh, What a Night’.

Berdasarka­n lakon layar oleh Rick Elice dan Marshall Brickman – salah seorang penulis bagi filem-filem awal Woody Allen – Eastwood mengikuti struktur muzikal asal, tetapi pada waktu yang sama tidak memilih muzikal ala ‘Miserables’.

“Karier Clint menjurus ke tahap di mana dia dapat mengarahka­n filem ini,” kata John Lloyd Young, yang membawa watak Valli dan memenangi satu daripada empat Anugerah Tony yang diberikan kepada pementasan Broadway, sebelum filem berkenaan ditayangka­n buat pertama kali di AS pada Jumaat.

“Sepanjang kariernya, Clint merupakan seorang pemuzik dan penggemar jazz, dia menghasilk­an muzik untuk beberapa filemnya sendiri, dia tahu pasal muzik,” tambahnya.

“Jika kita melihat kariernya, papan tanda ini ada di sepanjang jalan yang menyebut apabila pementasan ini muncul, dia akan bersiap sedia dengan baik untuk mengadapta­sikannya.”

Valli dan DeVito, dua warga Itali Amerika dari New Jersey, menubuhkan kumpulan pertama mereka pada pertengaha­n tahun 1950-an.

Sementara suara falsetto Valli menarik perhatian orang ramai kepada mereka, mereka terpaksa menunggu sehingga tahun 1960-an dan ketibaan Nick Massi dan terutama sekali Bob Gaudio – yang menulis semua lagu mereka – untuk The Four Seasons sehingga berjaya pada peringkat antarabang­sa.

Lagu-lagu seperti ‘Sherry’, ‘Big Girls Don’t Cry’, ‘Walk Like a Man’, ‘Rag Doll’, ‘Save It For Me’ dan ‘Can’t Take My Eyes Off You’ menjadi lagu-lagu hit global.

Namun kumpulan itu akhirnya dijatuhkan oleh iri hati dalaman dan konflik kepentinga­n, digabung dengan kawan-kawan DeVito yang mencurigak­an – mafia tidak pernah jauh daripada mereka – dan kesalahan dalam pengurusan kewangan yang memaksa Valli untuk menaja jamin hutang kumpulan itu selama beberapa tahun.

Dan perpecahan itu berkekalan.

“Ini bukan satu cerita dari masa silam, ini adalah satu cerita yang hidup dan bernafas dan masih berlaku,” kata Erich Bergen yang membawa watak Gaudio.

“Apabila kami membuka pertunjuka­n di Las Vegas, kumpulan asal Four Seasons, mereka yang masih bersama kita, naik ke atas pentas dan menerima penghormat­an bersama kami. Frankie enggan bercakap dengan Tommy. Cerita ini belum lagi berakhir.”

Tiga daripada empat pelakon utama dalam filem itu menyertai pementasan di Las Vegas.

Pendatang baharu Vincent Piazza (dari program TV ‘Boardwalk Empire’, yang membawa watak DeVito), tidak pernah menari atau bernyanyi atas skrin sebelum ini.

Namun ia tidak menjadi masalah.

“Tommy bukan orang yang paling cekap atau tertarik dengan satu kumpulan sahaja, dia ada kehidupan di luar kumpulan,” kata pelakon itu kepada pemberita.

“Jadi jika saya salah langkah di sana sini, terdapat sedikit kemaafan tertentu, kerana dia adalah lelaki yang akan salah langkah, perkara lain akan mencuri tumpuan daripadany­a, sama ada perjudian, mencuri duit, perempuan, perkara seperti itu.” Michael Lomenda, yang sudah membawa watak Massi lebih 1,200 kali di atas pentas, berkata filem itu “merupakan satu pengalaman yang sama sekali baharu kerana kita perlu memikirkan siapa kita sebagai sebuah kumpulan, kita ada peluang untuk membentuk identiti kita sendiri”.

Eastwood menamatkan pembikinan filem lebih awal daripada jadual dan mengikut bajet seperti biasa, dengan melakukan penggambar­an bagi hanya satu atau dua ‘take’ sahaja bagi satu adegan dan memberikan kepercayaa­n sepenuhnya kepada barisan pelakonnya.

“Warner Bros seakanakan sudah menyerahka­n kunci studio kepadanya, pada peringkat ini,” kata Bergen.

“Dan dia sampai ke peringkat dalam kariernya di mana dia dapat membuat apa sahaja yang dia mahu.

“Begitu sedikit sekali orang yang dapat membuat ‘Jersey Boys’ dengan cara ia dibuat, tanpa meletakkan bintang di dalam, atau saya harus sebut nama, tanpa menjadikan­nya sebuah muzikal yang berkilauan ala Hairspray.””

 ?? — Gambar Reuters ?? KEMBALI: Eastwood (kanan) bergambar dengan Christophe­r Walken semasa menghadiri tayangan perdana filem ‘Jersey Boys’ di New
York baru-baru ini.
— Gambar Reuters KEMBALI: Eastwood (kanan) bergambar dengan Christophe­r Walken semasa menghadiri tayangan perdana filem ‘Jersey Boys’ di New York baru-baru ini.
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BAHARU: Eastwood semasa tayangan perdana ‘Jersey Boys’ bersama Christophe­r Walken dan Angelo Galasso (tengah).
— Gambar Reuters BAHARU: Eastwood semasa tayangan perdana ‘Jersey Boys’ bersama Christophe­r Walken dan Angelo Galasso (tengah).
 ??  ?? CLINT EASTWOOD
CLINT EASTWOOD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia