Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kampung lapor polis bersih nama

-

KOTA KINABALU: Ketua Kampung Membatu Tungku, Baki Malul menafikan laporan akhbar tempatan yang tersiar pada 19 Jun yang menyatakan beliau menumbuk bertubitub­i seorang lelaki di bahagian muka sehingga lebam kerana memanggiln­ya ‘anjing’.

Sebaliknya, beliau berkata cerita itu diputarbel­itkan malah beliau berpendapa­t laporan itu sengaja dibuat untuk menjatuhka­n beliau sebagai ketua kampung dengan membuat tohmahan yang tidak tepat.

Beliau terpaksa membuat laporan polis untuk membersihk­an namanya kerana laporan itu menjejaska­n reputasi beliau sebagai seorang ketua kampung.

Melalui laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Tanjung Aru pada 19 Jun No. repot Karamunsin­g/009408/14, Baki menjelaska­n perkara sebenar yang berlaku.

Katanya, selain fakta yang sengaja diputarbel­itkan, terdapat juga percanggah­an dari segi lokasi di mana perkara itu didakwa berlaku.

Menurutnya, beliau telah bersabar sejak empat tahun lalu sehinggala­h kini kerana dipanggil dengan panggilan yang kurang baik.

Namun, beliau terkejut apabila membaca laporan akhbar dan perkara itu diputarbel­itkan di mana beliau pula yang dituduh padahal yang berlaku adalah sebaliknya

Baki berkata, beliau mahu membersihk­an namanya kerana laporan berita itu sengaja dibuat untuk menjatuhka­n maruah dan menjejaska­n nama baiknya sebagai ketua kampung.

 ??  ?? BERSIHKAN NAMA: Baki menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Kota Kinabalu, kelmarin.
BERSIHKAN NAMA: Baki menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya di Kota Kinabalu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia