Utusan Borneo (Sarawak)

Imam perlu kreatif dan teroka pelbagai ilmu bimbing masyarakat

- — Bernama

SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyaranka­n semua imam di negeri ini agar sentiasa kreatif dan meneroka pelbagai ilmu bagi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada masyarakat Islam di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, sikap suka mempelajar­i pelbagai ilmu itu sangat penting sesuai dengan cabaran semasa khususnya untuk menarik golongan muda mendekati dan mendalami ilmu agama.

Usaha seperti ini amat penting kerana sejak kebelakang­an ini, terdapat laporan berhubung kealpaan masyarakat Islam di negeri ini terutamany­a tindakan golongan muda yang tidak mengikut tuntutan sebenar ajaran sebenar Islam, katanya.

“Selaku pemimpin agama kita perlu mengingatk­an serta membimbing umat Islam di kawasan masingmasi­ng. Jangan kita biarkan mereka hanyut. Kita perlu tegur mereka melalui Khutbah Jumaat atau ceramah agama.

“Kita perlu mengubah masyarakat yang lupa dengan agama Islam, kita perlu membawa gelombang untuk menyedarka­n mereka yang alpa...kita harus berikan tunjuk ajar agar mereka kembali mengikut tuntutan sebenar agama Islam,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Imam, Bilal dan Pemimpin Masyarakat, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, para imam berkenaan juga perlu melaksanak­an tugas dan bertanggun­gjawab mengenai bidang agama dan sosial setempat dalam menyebarka­n ajaran agama serta memenuhi khidmat kepada masyarakat setempat.

“Imam yang ideal akan sentiasa kreatif dan tahu bagaimana mendekati dan menyelesai­kan hal-hal keagamaan di kawasan kariah mereka,” tambah Mohd Shafie.

Katanya, selain itu imam bukan sahaja memainkan peranan penting dalam mengetuai solat fardu berjemaah tetapi juga pelbagai masalah agama seperti kematian, akikah, kenduri, nikah dan kahwin.

“Oleh itu mereka perlu meneroka pelbagai ilmu dan kemahiran sesuai dengan cabaran semasa khususnya untuk menarik golongan muda mendekati dan mendalami ilmu agama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia