Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia dominasi semua kategori Tilawah, Hafazan Al-quran Antarabang­sa ke-56

-

KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabang­sa ke-56 yang berakhir malam kelmarin mencatat sejarah gemilang buat Malaysia apabila peserta negara mengunggul­i kesemua kategori dipertandi­ngkan.

Peserta negara Ahmad Tirmizi Ali muncul johan Qari dengan markah 93.3 peratus manakala Hanimzah Jalaludin pula johan Qariah setelah mengumpul markah 90.67 peratus.

Naib johan Qari dimenangi Mehmet Bilir dari Turki manakala tempat ketiga pula Ihsan Nuzula Zamri dari Indonesia.

Bagi kategori Qariah, tempat kedua dimenangi Rahima Pandoniong­an Amerol dari Filipina dan ketiga Siti Huzzaimah Yadey Rosli dari Brunei.

Kategori hafazan diperkenal­kan buat julung kali tahun ini dan peserta negara Mohd Ersyad Abdullah dinobatkan sebagai johan dengan markah 95.75 peratus manakala Noorhafiza­h Mohd Safee menjuarai kategori hafizah dengan markah 95 peratus.

Naib johan hafiz pula diraih Abdullah Mohammed Al Khayri dari Arab Saudi, manakala tempat ketiga Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah dari Qatar.

Tempat kedua kategori hafizah disandang Soumaya Cheikh Ali dari Tunisia manakala Ndombor Sene dari Senegal meraih tempat ketiga.

Johan bagi kategori Qari dan Qariah menerima jongkong emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia, piala iringan serta wang tunai RM40,000.

Kategori hafazan membawa hadiah wang tunai RM30,000, cenderamat­a serta piala iringan.

Sejumlah 42 peserta lain turut menerima hadiah sagu hati bernilai RM3,000 setiap seorang, cenderamat­a serta sijil penyertaan.

Hadiah-hadiah disampaika­n Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Majlis itu turut dhadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehi Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Ragad Kurdi dan Menteri di Jabatan di Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu Ahmad Tirmizi, 29, ketika ditemui pemberita berkata kemenangan beliau menjadi pembakar semangat untuk terus membangunk­an akademi al-Quran Al Tirmizi yang diasaskann­ya sejak setahun lalu.

“Kemenangan ini merupakan kemenangan anak-anak murid saya dan menjadi pembakar semangat untuk terus mencurah ilmu kepada anak bangsa Islam negara ini,” katanya yang merupakan pengetua akademi al-Quran itu di Shah Alam.

Bagi Noorhafiza­h, 19, seorang guru al- Quran di Maahad Al Itiqan Ampang, latar belakang keluarga yang terdiri daripada hafiz dan hafizah banyak membantu beliau mencapai kemenangan ini.

Noorhafiza­h merupakan anak ketujuh daripada 13 beradik, sembilan adik beradiknya yang lain juga merupakan penghafaz alQuran.

“Bapa juga seorang hafiz, beliau banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya dan adik-beradik lain untuk menjadi penghafaz al- Quran,” katanya yang pertama kali menyertai tilawah ini.

Tilawah bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ bermula sejak 16 Jun lalu disertai 38 peserta bagi kategori tilawah dan 30 peserta bagi kategori hafazan dari 29 negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Para peserta negara (dari kiri) Ersyad, Ahmad Tarmizi, Hanimzah dan Noorhafiza­h bergambar bersama selepas masing-masing muncul juara pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabang­sa ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra...
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Para peserta negara (dari kiri) Ersyad, Ahmad Tarmizi, Hanimzah dan Noorhafiza­h bergambar bersama selepas masing-masing muncul juara pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabang­sa ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia