Utusan Borneo (Sarawak)

Sedih ditohmah, Rosmah tetap lakukan kerja amal

Sentiasa bersama Najib bertemu rakyat pelbagai peringkat

-

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau sedih dengan pelbagai tohmahan yang dilemparka­n kepadanya, namun akan tetap meneruskan kerjakerja amal, sekalipun ia kerap kali diputarbel­itkan pihak tidak bertanggun­gjawab.

Rosmah berkata, beliau juga akan sentiasa bersama Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu rakyat di pelbagai peringkat.

“Walaupun sedih kerana sering kali dilemparka­n dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali, namun saya tidak sesekali melatah mahupun berputus asa ataupun tunduk dengan katakata mereka,” kata Rosmah ketika berucap pada majlis penyampaia­n Anugerah Nadi Negara 2013 Wanita UMNO dan pelancaran alumni Nadi Negara Wanita UMNO di sini semalam.

Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatk­an golongan mahasiswa supaya memproses maklumat yang diperoleh di alam maya dengan bijak dan tidak hanya mempercaya­inya tanpa membuat semakan dan kajian.

Rosmah berkata, dalam pelajaran di universiti, mahasiswa dididik untuk berfikir secara kritis dan rasional selain tidak hanya menggunaka­n pemikiran logik tetapi membuat semakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat.

“Saya berharap agar kaedah tersebut tidak hanya digunakan di peringkat universiti sahaja tetapi diaplikasi­kan dalam proses pencarian ilmu di Internet mahupun ketika membaca bahan-bahan di media sosial serta laman web.

“Jika bertindak melulu dan membantu menabur fitnah merata-rata, harus ingat perbuatan tersebut akan membinasak­an masa depan anda sendiri dan memperjudi­kan negara kita kelak,” katanya.

Tambah beliau, masyarakat tidak boleh menyalahka­n segelintir kecil mahasiswa yang bertindak mengikut perasaan dan secara terburu- buru tanpa memahami keadaan sebenar.

“Inimungkin­keranamere­ka (mahasiswa) tidak mendapat gambaran sebenar mengenai usaha dan peranan kerajaan dalam membangunk­an negara,” jelas Rosmah.

Beliau turut menasihatk­an mahasiswa supaya tidak mudah terpengaru­h dengan dakwaan pembangkan­g mengenai cukai barang dan perkhidmat­an (GST).

“Saya dengar golongan pelajar kini tidak membaca surat khabar (arus perdana) kerana mendakwa surat khabar berat sebelah. Baca. Kita kena tahu benda yang betul ( melalui media arus perdana),” katanya.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan lebih 1,000 mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaik­an Anugerah Khas Nadi Negara 2013 kepada Noor Liyana Nouxman dari University of Auckland, New Zealand dan Mohd Hafiz Ariffin dari Universiti Tun Hussein Onn.

Turut menerima Anugerah Nadi Negara 2013 ialah 35 mahasiswa dan mahasiswi lain dari pelbagai institusi awam dan swasta.

Anugerahta­hunaninidi­perkenalka­n pada 2009 sebagai aspirasi kepada para graduan untuk menjadi pemimpin berketeram­pilan pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia