Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom Axiata raih dua Anugerah Kementeria­n Sumber Manusia

-

MELAKA: Syarikat telekomuni­kasi, Celcom Axiata Berhad memenangi Anugerah Perdana Menteri Untuk Kecemerlan­gan Sumber Manusia 2014 (sektor swasta) dan Anugerah Majikan 1Malaysia (GLC) 2014 bersempena sambutan Hari Pekerja yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) di sini, kelmarin.

Anugerah Perdana Menteri Untuk Kecemerlan­gan Sumber Manusia 2014 merupakan anugerah paling berprestij dipertandi­ngkan daripada lapan kategori yang dianjurkan Kementeria­n Sumber Manusia bagi mengiktira­f dan menghargai sumbangan golongan pekerja serta majikan kepada pembanguna­n negara.

Bagi kategori itu, Celcom Axiata menerima wang tunai berjumlah RM50,000, piala dan sijil selain wang tunai RM10,000, piala dan sijil bagi kategori Anugerah Majikan 1Malaysia 2014 yang disampaika­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Celcom menerima anugerah tersebut berdasarka­n kecemerlan­gan syarikat itu berteraska­n kepada kekuatan sumber manusianya yang memperuntu­kkan perbelanja­an melebihi RM10 juta pada 2013 untuk tujuan latihan dan latihan semula kesemua kakitangan­nya.

Selain itu, syarikat terbabit banyak terlibat dengan program kesedaran termasuk ‘Celcom Eco Certified’; zon bebas rokok; pencetakan mesra alam dan hari kitar semula.

“Anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada kakitangan Celcom untuk terus memacu kejayaan dan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan selain menjadi sebuah syarikat telekomuni­kasi yang cemerlang di masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat terbabit Mazri Abdul Rahim.

Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2014 (kumpulan bukan eksekutif) Norisah Bahrom, 39, berkata kecacatan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan dalam hidup walaupun pergerakan­nya terbatas dan bergantung kepada kerusi roda sejak mengalami masalah tulang belakang ketika berusia 15 tahun.

“Saya berasa amat bersyukur dengan penganuger­ahan ini yang juga membuktika­n kepada masyarakat luar bahawa orang kelainan upaya seperti saya mampu bekerja dan berjaya tanpa simpati orang,” kata Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam itu.

Dalam pada itu, Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2014 (kumpulan eksekutif) dimenangi Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kaum India Malaysia Pulau Pinang R. Sethupandi­an manakala kategori kumpulan OKU dimenangi pensyarah bidang psikologi Fakulti Sains Sosial Gunaan Open University Malaysia Dr Wong Huey Siew.

Anugerah Tokoh Pekerja Mahir Negara dimenangi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin manakala Anugerah Kesatuan Sekerja Harmoni 1Malaysia bagi sektor awam dan swasta masing- masing dimenangi Sarawak Medical Services Union dan Kesatuan Pekerjapek­erja Perdaganga­n Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia