Utusan Borneo (Sarawak)

Jalani nafi tiada tindakan terhadap penyebar fitnah

-

PASIR PUTEH: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan bahawa ia tidak bertindak mengambil tindakan undang- undang terhadap penyebar fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan, institusi raja dan kesucian agama Islam terutama dalam laman sosial.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, malah pihaknya sudah mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut aktaakta yang ada seperti Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia.

“Malah melalui agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga turut melakukan tindakan yang sama terhadap mereka yang bersalah”, katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program Komuniti 1Malaysia dan Unit Komunikasi Rakan IT Daerah Pasir Puteh di sini, kelmarin.

Turut hadir pada majlis berkenaan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman, ADUN Selising, Zulkifli Ali dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff.

Jailani berkata siasatan yang dilakukan agensi berkaitan akan dilanjutka­n kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutny­a.

Bagaimanap­un beliau mengakui bukan mudah untuk pihaknya mengambil tindakan segera terhadap sesuatu dakwaan dan fitnah kerana ia memerlukan bukti yang cukup untuk mensabitka­n kesalahan itu.

Mengenai Unit Komunikasi Rakan IT yang pertama ditubuhkan di Kelantan, katanya kementeria­nnya akan memperluas­kan penubuhann­ya ke seluruh negara secara berperingk­at.

Beliau berkata unit itu, yang diterajui golongan muda, mampu menangkis sebarang bentuk dakyah yang dilemparka­n pihak tertentu yang membabitka­n isu- isu semasa.

Katanya kementeria­n akan membantu penubuhan unit itu termasuk peralatan yang diperlukan supaya ia lebih berfungsi sebagai alat penyebaran maklumat yang tepat dan sahih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia