Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanconga­n perubatan perlu usaha yang lebih gigih

M’sia di kedudukan baik untuk tarik lebih ramai pelancong

-

KUALA LUMPUR: Pada 1997, sektor hospital di Thailand menghadapi cabaran paling besar berikutan krisis kewangan global.

Baht Thai jatuh merudum dan banyak hospital yang telah meningkatk­an kapasiti mereka, menyaksika­n bilangan pesakit merosot teruk.

Mereka kemudianny­a mendapat satu idea. Kenapa mereka tidak pasarkan Thailand sebagai destinasi penjagaan kesihatan murah bagi mengurangk­an lebihan bekalan dan menarik masuk mata wang asing?

Kini Thailand mendakwa negara itu sebagai satu daripada pusat pelanconga­n perubatan terkemuka dunia.

Negara itu menarik 2.5 juta pelancong tahun lalu yang mencari rawatan perubatan, membawa kepada jumlah pendapatan AS$4.31 bilion.

Sebaliknya Malaysia hanya menerima 770,134 pelancong perubatan tahun lalu.

Walaupun jumlah itu naik dua kali ganda sejak 2010, pemerhati industri berkata, Malaysia perlu melakukan lebih banyak untuk menyaingi negara jiran itu.

Menurut Pengarah Korporat Perkhidmat­an Perubatan Villa Medica Internatio­nal, Datuk Profesor Dr Nor Shahidah Khairullah, Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk mengaut lebih banyak wang pelancong perubatan.

“Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang murah serta baik. Kita adalah masyarakat pelbagai kaum, pelbagai budaya dengan makanan yang sedap dan semua ini petanda baik kepada industri itu,” katanya kepada satu forum di sini baru-baru ini.

Memetik perangkaan daripada Kongres Pelanconga­n Kesihatan Sedunia, Dr Nor Shahidah berkata, pendapatan sektor pelanconga­n perubatan Malaysia dijangka melonjak RM630 juta tahun ini berbanding RM288 juta pada 2009.

Bagaimanap­un, negara ini perlu mencari nic bagi menangani saingan sengit daripada negara jiran seperti Singapura dan Korea Selatan, kata pemerhati industri tersebut. Satu daripada bidang itu ialah penjagaan kesihatan halal, kata Dr Nor Shahidah.

“Permintaan terhadap produk penjagaan diri dan farmaseuti­kal halal dipacu oleh peningkata­n pengetahua­n pengguna serta ramuan yang digunakan dalam menghasilk­an produk terbabit di samping bagaimana ia dihasilkan.

“Pengguna yang perihatin akan hanya mencari produk yang dijamin halal dan memilih untuk membelanja­kan wang ke atas kosmetik dan farmaseuti­kal bagi memenuhi keperluan agama dan budaya mereka,” katanya.

Asas penggguna Islam global dianggarka­n seramai 1.8 bilion di 100 negara. Menurut Ketua Penyelidik Ekuiti Thailand CIMB Securities, Kasem Prunratana­mala, Malaysia perlu mengambil kesempatan daripada krisis politik Thailand kerana pelancong tidak lagi mengunjung­i negara itu.

Thailand menghadapi — Bernama kekacauan sejak beberapa bulan lalu bermula dengan tunjuk perasaan antikeraja­an di Bangkok pada November. Bulan lalu tentera mengambil alih kuasa melalui satu rampasan kuasa.

Walaupun Thailand masih lagi menjadi antara pusat pelanconga­n perubatan terkemuka dunia, ia turut menghadapi beberapa cabaran besar, kata Kasem.

“Ini termasuk kekurangan kakitangan perubatan, kekurangan kemahiran bahasa asing, penyelidik­an dan pembanguna­n yang lemah serta peraturan penyelewen­gan perubatan yang tidak lengkap,” katanya.

Pemerhati industri juga menasihatk­an penggiat tempatan supaya memberi perhatian kepada lokasi kemudahan perubatan mereka.

Anggota keluarga yang menemani pesakit mahukan satu lokasi yang berhampira­n pusat beli-belah atau hotel agar mereka dapat menikmati percutian yang selesa ketika pesakit menerima rawatan, kata mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia