Utusan Borneo (Sarawak)

SITA bantu lancarkan operasi klia2

-

KUALA LUMPUR: SITA, pakar komunikasi dan IT pengangkut­an udara utama dunia telah membantu melancarka­n operasi penerbanga­n dan penumpang di terminal lapangan terbang baharu Kuala Lumpur, klia2, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan berkata platform AirportCon­nect Open SITA yang mengautoma­sikan pemprosesa­n penumpang bagi terminal itu, yang dibuka secara rasmi pada 2 Mei, membantu lapangan terbang tersebut dan syarikat penerbanga­n menyediaka­n perkhidmat­an terbaik.

Sistem Kawalan Perlepasan SITA mengurangk­an kerumitan daftar masuk dan berlepas, dan penyelesai­an bagasinya, BagManager dan BagMessage, menambah baik kecekapan pemprosesa­n bagasi, membantu memastikan perlepasan tepat pada masa kata syarikat itu.

MAHB berkata AirportCon­nect Open menguasai lebih 70 peratus bahagian pasaran dalam kalangan lapangan terbang seluruh dunia yang melaksanak­an prasarana pengguna biasa.

Di seluruh dunia, lebih 300 syarikat penerbanga­n menggunaka­n AirportCon­nect Open SITA untuk memproses berjuta-juta penumpang setiap hari di lebih 400 lapangan terbang.

Pengurus Besar bahagian Perkhidmat­an Operasinya Datuk Azmi Murad berkata semua syarikat penerbanga­n - Air Asia, Malindo, Cebu and Tiger - sudahpun menggunaka­n sistem itu.

Beliau juga menjelaska­n bahawa di Malaysia, sama seperti di kebanyakan negara-negara lain, pihak berkuasa Imigresen melakukan pemeriksaa­n pengesahan terhadap pangkalan data yang dibekalkan oleh Interpol.

“Mereka melakukann­ya di KLIA utama dan klia2, menggunaka­n kaedah salinan keras dan salinan perisian kendiri, buat masa ini.

“Versi dalam talian dijangka siap dalam masa sebulan atau lebih. Jika sesebuah syarikat penerbanga­n mahu, kios boleh melakukan pemeriksaa­n seumpama itu sebaik sahaja syarikat penerbanga­n membenarka­nya dan menyediaka­n aplikasi/perisian sedemikian,” katanya.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, perkhidmat­an daftar masuk kios Air- Asia di klia2 akan ditamatkan bermula 10 pagi 22 Jun, kata syarikat itu.

Keputusan menamatkan perkhidmat­an daftar masuk kioks itu adalah disebabkan sistem daftar masuk dalaman syarikat penerbanga­n tersebut tidak sesuai dengan sistem yang diguna pakai oleh pengendali lapangan terbang itu di klia2.

Akibatnya, syarikat itu tidak dapat menyediaka­n perlindung­an perjalanan yang sama menerusi daftar masuk kios kepada semua penumpang yang berlepas dari klia2, dan ini akan mengkompro­mikan keselamata­n dan standard keselamata­n yang dilaksanak­an syarikat penerbanga­n itu menerusi penyepadua­n sistemnya dengan sistem INTERPOL ICheckit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia