Utusan Borneo (Sarawak)

Konvensyen bincangkan strategi baharu pembelian hartanah

-

KUALA LUMPUR: Konvensyen Pelaburan Hartanah 2014 mulai 12 hingga 13 Julai ini akan membincang­kan pelbagai strategi untuk membeli hartanah di Malaysia berikutan beberapa peraturan baharu yang sedang dilaksana dalam sektor berkenaan serta cukai barang dan perkhidmat­an (CBP) yang akan dikuat kuasa tahun depan.

Konvensyen itu sekali lagi dianjurkan Wealth Mastery Academy.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Terry Ong berkata, konvensyen itu akan merangkumi satu persidanga­n dan pameran serta akan turut membincang­kan kenaikan kadar faedah berkaitan pasaran hartanah.

“Pameran dan persidanga­n itu akan diadakan serentak dengan 20 pempamer tempatan yang mengambil bahagian dalam konvenyen tersebut. Kami menjangka antara 1,000 hingga 2,500 akan menyertain­ya,” katanya kepada Bernama.

Ong berkata, ketika ini orang ramai lebih memberi tumpuan kepada hartanah membawa pulangan hasil seperti pengurusan tender.

“Untuk pelabur yang sudah memegang hartanah, mereka akan menimbang bagaimana untuk memaksimum­kan untung.

“Tahun ini, konvensyen itu juga akan membincang­kan bagaimana mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan tanah serta komersil mereka. Sebahagian daripada mereka sudah melabur dalam harta kediaman dan masih terdapat banyak peluang dalam pelaburan tanah dan komersil,” katanya.

Konvensyen Pelaburan Hartanah adalah platform yang ideal untuk pelabur hartanah meneroka trend pasaran hartanah terbaru di samping strategi ke arah pelaburan hartanah yang berjaya.

Mengenai industri hartanah secara keseluruha­nnya, Ong berkata, di sebalik sedikit kelembapan pada masa ini, terdapat peluang yang sangat baik untuk pelabur mendapatka­n keuntungan yang baik, seperti harta sekunder.

“Persoalan sekarang ialah perumahan yang mampu dimiliki. Ia adalah isu penting disebabkan inflasi dan pengumuman CBP yang menyebabka­n harga tanah meningkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia