Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniaga berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan berhatihat­i minggu ini, di tengahteng­ah sentimen global yang tidak menentu.

Seorang peniaga berkata kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun Asia dijangka mencatatka­n kemerosota­n mingguan berikutan kebimbanga­n akan peningkata­n kos minyak diimport berikutan konflik di Iraq walaupun pemulihan ekonomi AS berpotensi mengehadka­n penurunan.

“Prospek positif dalam ekonomi global dijangka meningkatk­an minat risiko bagi mata wang negara sedang pesat membangun, terutamany­a ringgit, memandangk­an asas kukuhnya,” katanya.

Indeks harga pengguna Malaysia pada Mei naik 3.2 peratus tahun ke tahun, lebih rendah berbanding 3.4 peratus pada April.

Sementara itu, Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata harga minyak terus meningkat apabila pertempura­n antara tentera kerajaan Iraq dan militan Islam bagi menguasai kilang penapis minyak terbesar negara masih berterusan.

“Minyak mentah Brent ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan pada AS$115.06 setong,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata unit tempatan berjaya mencecah paras paling kukuh bagi tahun ini pada 3.198, sebelum susut kepada 3.2190.

Bagi asas mingguan, ringgit ditutup rendah pada 3.2225/2245 berbanding dolar AS daripada 3.2175/2195 yang dicatatkan pada Jumaat. Ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang utama lain pada minggu lepas.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.5776/5794 daripada 2.5759/ 5777 pada Jumaat minggu sebelumnya dan turun berbanding yen kepada 3.1593/1619 daripada 3.1581/1604.

Ringgit juga jatuh berbanding pound British kepada 5.4966/5013 daripada 5.4640/4690 sebelumnya dan turun kepada 4.3855/ 3892 berbanding euro daripada 4.3661/3695.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia