Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dijangka catat prestasi baik minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan (FKLI) FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatka­n prestasi baik minggu ini, menjejaki pasaran tunai pendasar yang positif.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata penilaian positif Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n bagi ekonominya dan unjuran tidak berubah bagi inflasi oleh Pengerusi Rizab Persekutua­n AS (Fed) Janet Yellen meredakan kebimbanga­n bahawa bank pusat AS mungkin mengguna pakai pendekatan memihak kepada kadar faedah tinggi.

“Idea bahawa kadar kekal akomodatif bagi satu tempoh yang lama selepas kelonggara­n kuantitati­f berakhir sepatutnya menyemarak­kan sentimen pengambila­n risiko untuk tempoh tertentu.

“Dalam sentimen bulis, Fed mengurangk­an pembel- ian aset bulanannya sebanyak AS$ 10 bilion lagi kepada AS$35 bilion, menjanjika­n kadar faedah rendah dan menyediaka­n kenyataan positif tentang ekonomi AS,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu lepas, FBM KLCI meningkat 8.98 mata kepada 1,885.72 berikutan momentum belian meskipun perhatian pelabur beralih kepada Piala Dunia FIFA 2014.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Jun 2014 naik 7.0 mata kepada 1,876.5, Julai 2014 meningkat 5.0 mata kepada 1,885, September menambah 3.0 mata kepada 1,880 dan Disember 2014 menokok 2.0 mata kepada 1,878.5.

Jumlah dagangan bagi minggu ini turun kepada 16,774 lot daripada 19,545 lot, manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 36,226 kontrak daripada 33,641kontrak pada Jumaat minggu sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia