Utusan Borneo (Sarawak)

Media Sri Lanka kecam polis

-

COLOMBO: Media Sri Lanka menunjukka­n pendirian yang sama dalam mengecam pasukan polis semalam atas kegagalan mereka mengawal pelampau Buddha antiMuslim tatkala ketegangan meningkat susulan rusuhan berdarah di wilayah selatan pulau tersebut.

Sehari selepas kedai milik Muslim dibakar di luar ibu negara Colombo, akhbar mingguan swasta The Nation mengambil langkah luar biasa menerbitka­n lidah pengarangn­ya sebagai berita utama pada muka depannya, dengan tajuk lantang: “IGP (Ketua Polis Negara) harus meletak jawatan’.

Media lain menyertai kecaman terhadap polis kerana gagal memberkas kumpulan pelampau Buddha yang dikenali sebagai Bodu Bala Sena (BBS atau Tentera Buddhist) yang mendalangi kekacauan itu.

Mereka turut menuduh sami- sami pelampau mendalangi rusuhan anti- Muslim yang meletus seminggu lalu di mana empat maut, 80 cedera serta ratusan kedai dan rumah musnah.

‘Tahan dia’, akhbar Sunday Leader menuntut dalam tajuk utama, merujuk kepada ketua BBS BBS Galagodaat­te Gnanasara, yang secara terbuka menafikan terlibat.

Sunday Times pula berkata, pembakaran kedai pakaian milik Muslim pinggir Colombo kelmarin adalah petanda ada pihak yang mahu menyebarka­n keganasan.

Polis masih menyiasat punca kebakaran, yang menurut Menteri Kehakiman Rauf Hakeem, anggota Muslim paling kanan dalam Kabinet Presiden Mahinda Rajapakse, kelmarin sebagai serangan khianat.

Sunday Times berkata, majoriti penganut Buddha di negara itu tidak menyokong pendirian pelampau beberapa sami yang mendalangi kempen kebencian dan menuntut mereka ditangani sebelum kekacauan semakin buruk. Sesetengah laporan media turut mencadangk­an perlindung­an beberapa tokoh kanan dalam kerajaan mungkin menghalang polis bertindak ke atas BBS.

Hakeem telah menuntut kerajaan mengadakan siasatan bebas mengenai rusuhan itu sejak minggu lepas.

Dalam kenyataann­ya malam kelmarin, beliau menyalahka­n kerajaan kerana gagal mengawal BBS.

“Tanpa mengira siapa yang bertanggun­gjawab atas kejadian teruk yang telah berlaku, tidak dinafikan ia adalah kepincanga­n serius dalam keupayaan negara untuk menegakkan undangunda­ng,” kata Hakeem selepas mesyuarat tergempar kelmarin dengan Rajapakse.

Presiden telah berkata bahawa beliau mengarahka­n siasatan ke atas ‘kekacauan semasa’.

Penduduk Muslim meliputi 10 peratus daripada 20 juta populasi Sri Lanka yang majoritiny­a Buddha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia