Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan buru askar pembunuh

Anggota kerahan mandatori tembak rakan dalam divisyen ke-22 yang bermasalah

-

SEOUL: Anggota tentera Korea Selatan terlibat dalam pertempura­n ganas semalam dengan seorang askar pembelot yang telah menembak dan membunuh lima anggota dari unitnya, menurut laporan.

Sekurang- kurangnya seorang pegawai terkena tembakan dan cedera dalam pertempura­n berterusan dekat sebuah sekolah asas di daerah timur Goseong, beberapa kilometer selatan sempadan dengan Korea Utara, menurut laporan agensi berita Yonhap dan tempatan.

Jurucakap Kementeria­n Pertahanan Kim Min-Seok berkata, Lim telah dikesan dan dikepung sejurus sebelum jam 2.30 petang di sebuah lokasi 10 kilometer dari sempadan.

“Dia melepaskan tembakan ke arah anggota tentera yang memburunya dan mereka membalas dengan tembakan,” kata jurucakap sambil menambah, seorang pegawai cedera di lengan.

“Situasi masih berterusan,” katanya lewat petang semalam.

Kim So-Rae, pelajar kolej yang tinggal di kawasan itu mengakui mendengar sekurang- kurangnya tiga kejadian berasingan berbalas tembakan.

“Ada helikopter berlegar di ruang udara.

“Kami belum diberitahu apa- apa jadi kami tidak keluar dari sini, situasi agak menakutkan,” katanya kepada televisyen YTN dalam panggilan telefon.

Pertempura­n itu menyusuli pemburuan besar- besaran ketenteraa­n bagi sarjan Lim, 23, yang menembak mati lima anggota lain unit infantri ke22 di sebuah pos pengawal di wilayah barat Gangwon dekat sempadan yang dikawal ketat itu lewat kelmarin.

Tujuh lagi askar cedera dalam serangan itu yang masih belum dapat dipastikan puncanya.

Bersenjata­kan raifal gempur K2 dan sejumlah peluru, Lim melarikan diri dari pos kawalan dan mencetuska­n amaran besar- besaran di kawasan itu ketika beriburibu anggota tentera, polis dan komando khas cuba menjejakin­ya.

Pihak tentera membentuk pasukan khas bagi menyiasat insiden, kata Kim, sambil menambah bahawa askar yang cedera kini stabil.

Lim dijangka diberhenti­kan dalam masa beberapa bulan selepas menamatkan perkhidmat­an wajib dalam tentera, menurut Kim.

Lim mengalami kesukaran untuk menyesuaik­an diri dalam tentera dan penilaian psikologi sebelum ini menasihati para pegawai kanan agar memberi perhatian khusus kepadanya, menurut seorang pegawai kementeria­n yang enggan dikenali.

Namun ini bukan kali pertama infantri ke- 22 mengalami insiden seumpama itu.

Pada 1984, seorang prebet dari divisyen tersebut melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah rakan-rakan anggota di berek mereka, mengorbank­an 15 orang.

Askar terbabit, Cho JunHee, kemudian merentasi sempadan untuk berpaling tadah kepada Utara, dalam tindakan yang kemudian disahkan media rasmi Pyongyang.

Lokasi kejadian kelmarin tidak jauh ke selatan zon tanpa tentera (DMZ), laluan neutral di sempadan sepanjang 250 kilometer itu.

DMZ yang selebar empat kilometer, dikenali sebagai sempadan Perang Dingin terakhir di dunia, mempunyai pos pengawal yang dijaga tentera kedua- dua pihak, kawat berduri dan jalan raya yang dipisahkan padang periuk api.

Disebabkan Perang Korea 1950- 53 tamat dengan gencatan senjata berbanding perjanjian damai, keduadua negara Korea itu secara teknikalny­a masih lagi berperang.

Ramai askar Korea Selatan yang bertugas di sempadan adalah rekrut muda yang menjalanka­n perkhidmat­an ketenteraa­n mandatori dua tahun.

Mereka meliputi sebahagian besar dalam 691,000 anggota tentera Selatan, berbanding 1.17 juta anggota tentera Utara.

Kebanyakan mangsa dalam kejadian kelmarin adalah dari kumpulan tambahan itu, berusia dari 19 hingga 23 tahun.

Pembulian dan kekejaman di dalam berek telah lama mencemari imej pasukan tentera, malah menjadi punca banyak insiden maut dan bunuh diri.

Pada Julai 2011, seorang anggota kerahan marin berusia 19 tahun membunuh empat rakan dalam amuk bersenjata di pulau Gangwha dekat sempadan.

Dia cuba membunuh diri dengan meletupkan bom tangan namun terselamat, sebelum kemudian mengakui bertindak sedemikian akibat dibuli.

Pada Jun 2005, lapan askar terbunuh dan dua cedera parah apabila seorang anggota kerahan berusia 22 tahun melontar bom tangan dan menembak secara rambang ke arah rakan-rakan yang sedang tidur di pos pengawal sempadan utara Seoul.

Dalam kedua- dua kes, mereka dihadapkan ke mahkamah tentera dan dijatuhi hukuman mati, walaupun hukuman tidak dijalankan.

Pasukan tentera sejak beberapa tahun ini telah mengambil beberapa langkah menghapusk­an budaya pembulian yang digelar mereka sebagai budaya serong dalam tentera.

 ?? — Gambar AFP ?? GENTING: Anggota tentera Korea Selatan berkawal di sebuah pos pemeriksaa­n dekat DMZ di Goseong, wilayah Gangwon semalam.
— Gambar AFP GENTING: Anggota tentera Korea Selatan berkawal di sebuah pos pemeriksaa­n dekat DMZ di Goseong, wilayah Gangwon semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia