Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai referendum, warga HK tidak peduli kecaman Beijing

-

HONG KONG: Para penduduk Hong Kong membuang undi dalam referendum tidak rasmi mengenai reformasi demokrasi semalam, tatkala pusat- pusat pengundian dibuka di seluruh wilayah separa autonomi itu dalam tinjauan yang mencetuska­n kemarahan Beijing dan mengumpul lebih 600,000 undi dalam talian.

Ketegangan meningkat di wilayah bekas jajahan British itu berhubung masa depan sistem pilihan rayanya, dengan seruan yang semakin lantang daripada penduduk yang mahu memilih sendiri siapa yang layak dicalonkan bagi jawatan Ketua Eksekutif.

Pemimpin Hong Kong ketika ini dilantik lebih 1,200 jawatankua­sa pro- Beijing dengan China menjanjika­n pilihan raya langsung bagi mandat seterusnya pada 2017 namun tidak membenarka­n pengundi memilih calon yang layak bertanding.

Para pegawai Beijing dan Hong Kong menolak referendum itu sebagai tidak sah tetapi penglibata­n umum sejak proses pengundian bermula dalam talian Jumaat lalu telah mengatasi semua jangkaan di sebalik serangan siber besar- besaran yang menurut penganjur didalangi Beijing.

Beribu- ribu pengundi semalam keluar beramairam­ai meskipun hujan lebat, untuk membuang undi di 15 pusat pengundian di seluruh bandar raya.

“Saya sekadar bertindak berdasarka­n pendirian saya dan ini adalah demi generasi masa depan juga.

“Memandangk­an saya tidak mahir menggunaka­n komputer, saya datang ke sini,” kata seorang pesara guru berusia 68 tahun di pusat pengundian di ibu pejabat kesatuan guru-guru.

Lau I-lung, 18, seorang lagi pengundi berkata: “Saya gembira saya dapat mengundi untuk menentukan sistem pilihan raya di masa hadapan dan saya percaya ia mampu menghasilk­an perubahan.”

“Orang ramai berbaris untuk mengundi dan ini menunjukka­n rakyat Hong Kong mempunyai keinginan yang kuat bagi demokrasi sebenar,” kata Benny Tai, salah seorang pengasas pergerakan Occupy Central yang menganjurk­an pengundian tersebut.

Lebih 603,000 orang yang telah mewakili dalam talian dan di pusat- pusat pengundian setakat petang semalam mewakili bahagian besar daripada 3.47 juta pengundi berdaftar pada 2012.

Tinjauan itu membenarka­n penduduk memilih antara tiga pilihan mengenai bagaimana pemilihan Ketua Eksekutif pada 2017 harus dijalankan, namun setiap satunya akan membenarka­n pengundi memilih calon sekali gus dianggap tidak boleh diterima oleh Beijing.

Laman sesawang PopVote yang diwujudkan Universiti Hong Kong dan Universiti Politeknik Hong Kong, mengalami serangan berskala besar minggu lepas dan walaupun referendum tidak rasmi itu tiada pengiktira­fan sah, aktivis berharap kehadiran yang tinggi akan mengukuhka­n tuntutan bagi reformasi.

“Jika kerajaan membuat keputusan untuk tidak mempedulik­an seruan rakyat, sudah pasti akan timbul tindakan yang lebih radikal.

“Saya berharap kerajaan tidak memaksa rakyat Hong Kong hingga ke tahap itu,” kata Tai kepada para wartawan.

Occupy Central, pergerakan prodemokra­si yang dilancarka­n aktivis tempatan, mengancam melumpuhka­n daerah kewangan dengan ribuan penunjuk perasaan menjelang penghujung tahun ini jika pihak berkuasa tidak mengemukak­an cadangan yang dapat diterima.

Kumpulan itu merancang protes aman menyerupai protes Occupy di bandarband­ar utama dunia seperti New York dan London pada 2011 bagi memaksa jaminan reformasi pilihan raya daripada pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, para pegawai Hong Kong telah menolak referendum itu yang dijalankan hingga 29 Jun, atas dasar ia tiada pengesahan perundanga­n.

Di luar sebuah pusat pengundian, puluhan aktivis pro- Beijing mengecam referendum berkenaan dan menjerit menggunaka­n alat pembesar suara ke arah mereka yang memasuki pusat tersebut.

“Referendum ini satu penipuan,” laung para penunjuk perasaan.

 ?? — Gambar AFP ?? BUANG UNDI: Seorang sukarelawa­n menyerahka­n kad pengenalan pengundi sejurus mendaftark­annya di sebuah pusat pengundian di Hong Kong, semalam.
— Gambar AFP BUANG UNDI: Seorang sukarelawa­n menyerahka­n kad pengenalan pengundi sejurus mendaftark­annya di sebuah pusat pengundian di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia