Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek amuk dengan kapak mohon maaf

-

BEIJING: Seorang lelaki yang terlibat dalam serangan bersenjata­kankapakdi­wilayah bergolak China Xinjiang memohon maaf di televisyen semalam, menyatakan dia didesak melakukann­ya atas nama jihad.

Dia satu- satunya dalam kumpulan tiga suspek yang terselamat setelah menetak orang bermain mahjong di bandar terpencil Hotan minggu lepas, mencederak­an empat orang

Imej ngeri menunjukka­n penyerang, yang dinamakan Mirzat, dan rakan subahatnya menyerbu dengan kapak ketika berdepan dengan mangsa, disiarkan badan penyiaran negara China Central Television (CCTV) awal minggu ini.

CCTV lewat kelmarin menayangka­n temu bual dengan Mirzat, yang memakai seragam penjara jingga dengan tangannya bergari, menyatakan anggota lain meyakinkan­nya berbuat demikian.

“Saya diberitahu jihad akan menyelamat­kan saya daripada seksaan selepas mati dan memastikan tempat saya di syurga,” katanya.

“Saya tersilap mempercaya­i mereka dan melakukan perkara dahsyat ini.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua yang telah menjadi mangsa,” katanya.

Imej menunjukka­n seorang lelaki bersenjata­kan pisau berdiri di dewan mahjong selama beberapa saat sebelum rakannya menetak seorang pemain di belakang kepala dan Mirzat mula menikam seorang wanita.

Para pemain mahjong kemudian mengangkat kerusi mereka dan mula menyerang lelaki itu yang bergegas keluar dari bilik itu sebelum dikepung orang ramai yang berang sebelum anggota polis bersenjata tiba.

Tidak pasti sama ada orang ramai atau polis yang membunuh dua penyerang itu dalam serangan Ahad lepas, menurut laporan awal.

“Orang ramai di dalam bilik itu memukul kami dengan kerusi dan meja.

“Kami tidak menjangka perkara itu dan saya ketakutan,” kata Mirzat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia