Utusan Borneo (Sarawak)

AS kembali menyokong rejim Mesir

Kerry bertemu Sisi tatkala mahkamah sahkan hukuman mati ke atas Badie

-

KAHERAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry tiba di Mesir semalam dalam lawatan mengejut, tatkala mahkamah mengesahka­n hukuman mati ke atas lebih 180 penyokong Ikhwan Muslimin termasuk ketuanya Mohamed Badie, selepas perbicaraa­n beramai- ramai sepantas kilat yang mencetuska­n kecaman antarabang­sa.

Kerry bakal bertemu Presiden Abdel Fattah alSisi dalam lawatan tersebut bagi mendesak bekas ketua tentera yang menyingkir­kan presiden pertama lantikan demokrasi Mesir, untuk melaksanak­an kebebasan politik lebih meluas dan membincang­kan cabaran keselamata­n.

Sejak Presiden Mohamed Morsi digulingka­n pada Julai tahun lepas, operasi keras kerajaan ke atas para penyokongn­ya telah membunuh lebih 1,400 orang dan memenjarak­an sekurangku­rangnya 15,000 orang.

Pegawai AS memberi amaran Washington masih mempunyai kebimbanga­n mendalam mengenai taktik pemisah kerajaan, walaupun mengakui Mesir telah melalui tempoh peralihan yang amat sukar.

Lawatan Kerry dibuat selepas pegawai AS mendedahka­n bantuan berjumlah AS$572 juta yang dibekukan sejak Oktober, telah disampaika­n kepada kerajaan Mesir kira-kira 10 hari lalu selepas mendapat lampu hijau daripada Kongres, sebahagian besarnya bagi membayar kontrak pertahanan sedia ada.

Pegawai AS mengumumka­n April lalu penyerahan semula sebahagian daripada AS$1.5 bilion bantuan tahunan, kebanyakan­nya bagi ketenteraa­n, kepada Kaherah termasuk 10 helikopter Apache bagi operasi membantera­s keganasan di semenanjun­g Sinai.

Sisi meraih 97 peratus undi dalam pilihan raya Mei lalu hampir setahun selepas mengguling­kan Morsi dan melantik kerajaan sementara.

Minggu lepas Kabinet baharu diketuai Perdana Menteri Ibrahim Mahlab mengangkat sumpah dengan kebanyakan menteri daripada kerajaan sementara mempertaha­nkan jawatan.

Kerry juga mahu bertemu — AFP menteri luar baharu Sameh Shoukri, bekas duta ke Washington, semasa lawatannya yang hanya mengambil masa beberapa jam sebelum beliau terbang ke Amman, Jordan.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK ADIL: Seorang wanita menangis sambil menunjukka­n gambar anak lelakinya, salah seorang penyokong Morsi yang dihukum mati bersama Badie (gambar sisipan) dan 180 yang lain, semasa menyertai demonstras­i di luar mahkamah di Minya, selatan Kaherah...
— Gambar Reuters TIDAK ADIL: Seorang wanita menangis sambil menunjukka­n gambar anak lelakinya, salah seorang penyokong Morsi yang dihukum mati bersama Badie (gambar sisipan) dan 180 yang lain, semasa menyertai demonstras­i di luar mahkamah di Minya, selatan Kaherah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia