Utusan Borneo (Sarawak)

Kos baik pulih rumah William dipersoal

-

LONDON: Monarki British mempertaha­n kos baik pulih pangsapuri Istana Kensington untuk Putera William, isterinya Catherine dan bayi mereka Putera George.

Jurucakap kerajaan tidak mengesahka­n kos tujuh angka itu, dilaporkan empat juta pound, bagi kerja-kerja pembaikan dan pengubahsu­aian, namun menyatakan pasangan diraja itu menampung kos tersebut sepenuhnya.

Ini termasuk kerja-kerja penambahan pangsapuri di istana London kurun ke17 itu termasuk memasang bumbung baharu, membaik pulih pendawaian elektrik dan sistem perpaipan, selain pembuangan asbestos.

Duke dan Duchess of Cambridge mendapat Apartment 1A, sebelum ini kediaman Puteri Margaret, adik Ratu Elizabeth II, yang meninggal dunia pada 2002.

Kali terakhir ia dibaik pulih adalah pada 1963, sejurus selepas Margaret yang baharu berkahwin berpindah masuk.

Pangsapuri itu direka Christophe­r Wren, arkitek Katedral St Paul di London.

“Inilah satu- satunya kediaman rasmi Duke dan Duchess di mana mereka merancang untuk tinggal lama.

“Kami juga mengambil kira fakta bahawa Istana Kensington merupakan monumen purba dan semua elemen pengubahsu­aian perlu dipersetuj­ui bersama English Heritage, justeru memerlukan tahap kerja tinggi sejajar dengan penerapan sejarah bangunan Christophe­r Wren.”

Beliau menyatakan William dan Kate membayar sendiri semua perabot dalaman, termasuk karpet dan langsir, semuanya serba sederhana.

Megah dalam sejarah diraja, Istana Kensington, sebahagian­nya dibuka kepada orang awam, merupakan kediaman William ketika kecil dan kediaman utama beliau dan adiknya Putera Harry hingga 1998.

William dan Kate kini menetap di Kotej Nottingham yang kecil dalam kompleks Kensington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia