Utusan Borneo (Sarawak)

Bakat pelajar bidang seni dan reka INTI sumbang kejayaan buat rakan-rakan industri

-

KREATIVITI dan inovasi wujud hasil daripada gabungan idea-idea baharu dan semua ini memainkan peranan yang penting dalam penjanaan ekonomi pada hari ini.

INTI berbangga para pelajarnya banyak menyumbang idea baharu menerusi projekproj­ek yang ditaja syarikat terkemuka, yang kemudianny­a telah menghasilk­an kejayaan dalam bidang pemasaran buat rakanrakan industri INTI.

Kesemua projek tersebut memberi manfaat kepada keduadua pihak yang terlibat, yang mana menerusiny­a para pelajar mendapat peluang untuk menimba ilmu pengetahua­n dan selok-belok projek daripada syarikat-syarikat terkemuka.

Sepanjang tempoh sesuatu projek, mereka juga dapat menyumbang idea baharu dan inspirasi yang mewujudkan hasil-hasil kreatif bagi menambah nilai kepada pihak majikan.

“Kami sangat tertarik dengan kerja-kerja seni yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar bidang seni reka di INTI dan telah menamakan mereka sebagai ‘The INTIcredib­les’,” demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat Omnicom MediaGroup (OMG) Malaysia, Andreas Vogiatzaki­s.

“Kami juga akan meneruskan kerjasama agensi-agensi kami dengan pihak INTI untuk tahun-tahun akan datang,” katanya lagi.

Pelajar-pelajar Pusat Seni dan Reka INTI telah berpeluang bekerjasam­a dengan syarikat OMG selama dua tahun berturut-turut, yang mana telah menyaksika­n mereka menyumbang bakat dan kreativiti bagi projek seperti ‘Tomorrow Now’, sebuah buku kajian yang mengenal pasti perubahan-perubahan dalam bidang pemasaran serta trend tingkah laku pengguna di Malaysia; ‘OMG Can Cook’, sebuah buku resipi; dan ‘Future Forward’, kumpulan makalah-makalah menarik yang diterbitka­n untuk mengajak pembaca berfikir dengan lebih mendalam.

“Kami bukan sahaja menerima sumbangan idea daripada pelajarpel­ajar terbaik bagi menjayakan projek-projek kami, malah kami turut dapat mengenal pasti bakat-bakat muda yang akan kami ambil sebagai warga kerja kami sebaik sahaja mereka tamat pengajian,” tambah Vogiatzaki­s lagi.

Bagi sebuah lagi projek yang dijayakan, pelajar-pelajar bidang seni reka INTI telah diberi peluang untuk menguji kecekapan rangkaian mesin pencetak baharu untuk fabrik dan pakaian keluaran syarikat Epson.

Dekan, Pusat Seni & Reka INTI, Anis Laila Yap memberitah­u projek tersebut menuntut bakatbakat muda itu mencipta rekaan motif atau corak yang boleh diguna pakai untuk koleksi gaun malam dan juga pakaian kasual.

“Pada peringkat awal projek, wakil-wakil Epson telah memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar kami dan sewaktu mereka kembali untuk membuat penilaian, mereka ternyata begitu berpuas hati dengan mutu kerja yang dihasilkan oleh anak didik kami.

“Seterusnya, pelajarpel­ajar terbabit dijemput untuk mempersemb­ahkan koleksi pakaian rekaan mereka di pertunjuka­n pentas peragaan sempena pelancaran mesin pencetak F-Series keluaran Epson.

Sebanyak lima rekaan kemeja-T oleh pelajar bidang seni reka kami yang telah dicetak menggunaka­n mesin pencetak Epson turut dipamerkan di acara tersebut,” jelas beliau.

Pelajar-pelajar INTI menimba pengalaman menerusi penglibata­n mereka dalam projekproj­ek syarikat yang lazimnya mengambil masa antara dua hingga 10 minggu.

Mereka bekerja dalam kumpulan yang diketuai wakil syarikat terbabit dan mempelajar­i pelbagai kemahiran penting sepanjang tempoh tersebut terutamany­a dari segi menyelesai­kan masalah, berkomunik­asi, berfikir secara kritikal dan bekerja dalam kumpulan.

Pelajar-pelajar bidang seni dan reka pada peringkat diploma dan sarjana muda juga wajib menjalani tempoh latihan internship yang menyediaka­n peluang tambahan untuk menimba pengalaman di tempat kerja dan berkenalan antara satu sama lain dalam bidang kerjaya yang sama.

Pelajar-pelajar INTI dibimbing oleh kumpulan pensyarah seni reka yang berkelayak­an tinggi, berpengala­man luas serta berdedikas­i, dengan tujuan menjadikan mereka sebahagian daripada generasi baharu pencetus trend dan pereka dalam industri tersebut.

Malah mereka juga turut menerima pendedahan antarabang­sa dan menjalani pembelajar­an berinovati­f serta perkembang­an individu yang ditambah baik lagi dengan penglibata­n dalam pelbagai pertanding­an, lawatan sambil belajar ke luar negara dan juga latihan amali dengan organisasi-organisasi tempatan serta antarabang­sa yang terkemuka.

 ??  ??
 ??  ?? MANFAAT KREATIVITI: Vogiatzaki­s (tengah) bersama pelajar-pelajar pereka buku ‘OMG Can Cook’.
MANFAAT KREATIVITI: Vogiatzaki­s (tengah) bersama pelajar-pelajar pereka buku ‘OMG Can Cook’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia