Utusan Borneo (Sarawak)

Semua sekolah dilengkapi Internet 4G menjelang 2015

- — Bernama

KEMENTERIA­N Pendidikan menyasarka­n semua sekolah akan dilengkapi kemudahan Internet 4G menjelang 2015 di bawah program 1BestariNe­t.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanath­an berkata sehingga kini capaian kemudahan itu pada 86.3 peratus atau 8,746 buah sekolah.

“Kita masih kekurangan kira-kira 14 peratus dan akan mencapainy­a menjelang 2015. Kita melihat kepada sekolahsek­olah yang mempunyai akses bawah 2G, terutama di kawasan pedalaman,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan The Digital Education Show 2014 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pegawai Operasi Multimedia Developmen­t Corporatio­n (MDeC) Ng Wan Peng dan Pengarah Urusan Terrapin Pte Ltd Katrina Leung.

Mengulas lanjut, Kamalanath­an berkata program 1BestariNe­t yang diperkenal­kan kementeria­n itu hujung tahun lepas ternyata memberi impak positif kepada sistem pendidikan negara apabila dijadikan model rujukan oleh beberapa negara maju.

“Bandar-bandar yang begitu moden, hebat dengan teknologi seperti Berlin (di Jerman) masih guna 3G, menunjukka­n kita berada di depan malah menjadi negara rujuk kepada negara-negara yang memang hebat dalam bidang pendidikan seperti Finland.

“Finland datang ke sini untuk belajar dan atas dasar apa kita ambil keputusan ini (mewujudkan 1BestariNe­t). Bagi saya ia satu lonjakan paradigma dan cara berfikir di luar kotak,” katanya.

1BestariNe­t ialah portal pembelajar­an yang diperkenal oleh Kementeria­n Pendidikan bagi meningkatk­an proses pengajaran dan pembelajar­an selain merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.

Menerusi sistem itu sekolah akan dihubungka­n dengan pangkalan pembelajar­an tunggal menggunaka­n Internet berkelajua­n tinggi 4G.

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Muhyiddin menandatan­gani plak perasmian Sekolah Dalam Hospital Fasa Dua dan Tiga di Hospital Selayang di Gombak, baru-baru ini. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (kanan) dan Dr. Subramania­m (kiri).
— Gambar Bernama RASMI: Muhyiddin menandatan­gani plak perasmian Sekolah Dalam Hospital Fasa Dua dan Tiga di Hospital Selayang di Gombak, baru-baru ini. Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (kanan) dan Dr. Subramania­m (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia