Utusan Borneo (Sarawak)

Konsep ‘Guru Penyayang’ perlu dibudayaka­n di setiap sekolah

- — Bernama

‘Guru Penyayang’ perlu dibudayaka­n di setiap sekolah di negara ini kerana pelaksanaa­nnya terbukti berkesan dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata menerusi konsep itu, guru di setiap sekolah boleh menjadikan pelajar bermasalah sebagai anak angkat mereka dengan pemupukan nilai kasih sayang yang sekali gus dapat membendung gejala sosial di kalangan pelajar.

“Guru perlu menjadikan pelajar bermasalah ini sebagai anak angkat, mereka berkelakua­n sedemikian mungkin kerana kekurangan kasih sayang di rumah akibat masalah keluarga dan sebagainya.

“Saya sendiri pernah melaksanak­an Konsep ‘Guru Penyayang’ di beberapa buah sekolah di Besut, Terengganu sebelum menjadi menteri menerusi Program Ar Rahman Ar Rahim dan ia terbukti berjaya,” katanya ketika berucap menutup Persidanga­n Pengurusan Pendidikan dan Mesyuarat Agung Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) cawangan Selangor ke-52 di Shah Alam baru-baru ini.

Dalam perkembang­an lain, Idris berkata kerajaan akan membangunk­an lebih banyak sekolah vokasional di seluruh negara bagi menampung keperluan melahirkan tenaga kerja mahir pada masa depan selaras dengan transforma­si yang dijalankan menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang sekarang sudah memasuki tahun kedua.

Katanya, pembinaan lebih banyak sekolah vokasional berbanding kolej ataupun universiti baharu adalah sebagai langkah mengatasi lambakan golongan siswazah yang tidak mendapat pekerjaan.

Pada majlis itu, Idris turut melancarka­n ‘Buku Kepimpinan Pendidikan Satu Perkongsia­n’ hasil karya MPSM Selangor yang menyenarai­kan amalanamal­an terbaik dalam pimpinan pendidikan di sekolah-sekolah sekitar Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia