Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM Kelantan catat kemasukan sulung pelajar Orang Asli

- — Bernama

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Kelantan Kampus Machang mencatatka­n sejarah apabila menerima kemasukan sulung enam pelajar Orang Asli yang menyambung pengajian di peringkat diploma bermula 1 Jun lepas.

Timbalan Rektor Penyelidik­an dan Jaringan Industri UiTM berkenaan, Prof Madya Dr Nik Kamarulzam­an Abdul Latif berkata mereka mengambil jurusan Pra-Perdaganga­n selama enam bulan sebelum diserapkan ke peringkat diploma.

“Kita akan dampingi mereka menerusi projek ‘Tunas Mekar’ yang ditubuhkan oleh UITM untuk membantu dan memastikan mereka dapat meneruskan pengajian sehingga tamat, tanpa halangan,” katanya ketika ditemui di Machang, Jumaat lepas.

Pelajar berkenaan ialah Anisa a/p Mat Noor, Ema Sariyal Roslan, Zila a/p Roslan, Mustafa a/l Along, Onudier a/l Ago dan Intosa a/l Along Adil. Semua mereka berasal dari Gua Musang.

Nik Kamarulzam­an berkata, menerusi Tunas Mekar mereka sentiasa didampingi pensyarah dan kakitangan UiTM sebagai anak angkat.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama dan sukar untuk mencari pelajar dari kalangan anak Orang Asli yang berpotensi untuk menyambung pengajian di UiTM berkenaan.

Sementara itu, seorang pelajar terbabit, Ema Sariyal, 18, ketika ditemui berkata beliau bersyukur dapat memasuki UiTM yang menjadi citacitany­a sejak kecil lagi.

“Sekarang cita-cita saya sudah tertunai dan saya akan menggunaka­n peluang ini sebaik mungkin,” katanya.

Ema anak kedua daripada tujuh adik berasal dari perkampung­an Orang Asli Kuala Betis dan telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gua Musang.

“Saya bercita-cita untuk mengubah nasib masyarakat Orang Asli yang kini masih mundur dalam pelbagai bidang termasuk dalam pendidikan tinggi sebaik tamat pengajian kelak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia