Utusan Borneo (Sarawak)

Jake minta setiap kampung ada pili bomba berfungsi

-

KENINGAU: Ketua Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah Datuk Jake Jikulin Nointin meminta pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah agar memantau kampungkam­pung di daerah ini bagi memastikan setiap kampung memiliki pili bomba yang berfungsi.

“Saya difahamkan bahawa masalah besar yang sering dihadapi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah ketiadaan pili bomba atau tekanan air yang rendah,” katanya selepas melawat mangsamang­sa kebakaran di Kampung Muhibbah Pampang di sini Jumaat.

Beliau juga diberitahu oleh mangsa-mangsa kebakaran bahawa pihak bomba terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk mendapatka­n air dari Sungai Pampang berikutan pili bomba yang terletak di kawasan itu tekanan airnya rendah.

Menurut beliau, pihak pemimpin kerajaan termasuk Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat perlu menjadikan isu pili bomba sebagai agenda utama pada setiap Mesyuarat Tindakan Daerah agar perkara ini dapat diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

“Saya percaya masih banyak kampung di daerah ini yang belum mempunyai pili bomba dan perkara ini perlu diambil tindakan yang serius dalam usaha kita menyelamat­kan harta benda daripada kemusnahan,” katanya.

Pada masa sama, Ketua PBS Liawan itu juga meminta penduduk-penduduk di daerah ini memiliki sekurang-kurangnya satu alat pemadam api di rumah masing-masing sebagai langkah awal berjaga- jaga ketika kebakaran berlaku.

“Saya percaya sekiranya langkah awal ini diambil dengan setiap rumah memiliki satu pemadam api, kebakaran boleh dicegah lebih awal sebelum pihak bomba tiba,” katanya.

Jake memberitah­u, nasib 37 keluarga mangsa kebakaran yang rumah-rumah mereka musnah dalam kebakaran di kampung itu pada Selasa akan diberikan perhatian oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin di sini akan berusaha untuk mencari jalan membantu para mangsa.

“Apa yang penting, biarlah laporan kebakaran daripada polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat diperolehi terlebih dahulu dan terserah kepada mangsa memohon bentuk bantuan yang perlu daripada pihak yang berkenaan,” katanya.

Jake juga meminta pemimpin masyarakat di kampung itu menyenarai­kan nama-nama mangsa di kalangan rakyat tempatan dan bentuk bantuan yang diperlukan yang kemudian permohonan itu diserahkan kepada jabatan kerajaan berkenaan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kerajaan komited memberikan bantuan yang seadanya bagi mengurangk­an bebanan mangsa.

Pada Khamis, sebanyak 126 keluarga mangsa kebakaran di kampung itu telah menerima sumbangan daripada kerajaan melalui Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Masyarakat daerah berbentuk barangan makanan yang disampaika­n oleh Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Masyarakat Ahmad Razali Salabin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Pegawai Kemajuan Masyarakat Liawan Hamzani Abdul Aziz dan Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Victor Anahong.

Pada kejadian Selasa lalu, kira-kira 200 orang dari 37 keluarga telah kehilangan tempat tinggal apabila sembilan buah rumah di kampung itu musnah dalam kebakaran pada kirakira jam 5.20 petang.

Kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

 ??  ?? PRIHATIN: Jake (kanan) mendengar masalah kebakaran oleh seorang pemimpin di Kampung Muhibbah Pampang.
PRIHATIN: Jake (kanan) mendengar masalah kebakaran oleh seorang pemimpin di Kampung Muhibbah Pampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia