Utusan Borneo (Sarawak)

Adenan kagumi Wong Ho Leng

Sifatkan pemergian ahli politik pembangkan­g itu kehilangan besar buat S’wak

-

Oleh Watt Zacchaeus SIBU: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem menyifatka­n pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Mendiang Wong Ho Leng sebagai kehilangan besar buat negeri ini.

Katanya mendiang adalah seorang ahli politik daripada parti pembangkan­g yang cukup hebat serta dihormati rakyat.

“Kehilangan mendiang sangat dirasai kerana dia seorang wakil rakyat yang sangat dedikasi dengan tanggungja­wabnya.

“Walaupun kami daripada parti politik yang berbeza, tetapi rasa hormat saya terhadap mendiang tidak pernah pudar. Saya amat kagum dengannya,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang di kediamanny­a di Jalan Ipoh di sini, petang semalam.

Turut mengiringi Adenan ialah Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian ( Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembanguna­n Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais serta barisan kenamaan lain.

Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem

KetuaMente­ri

Adenan turut melahirkan rasa kagum dengan integriti yang ditunjukka­n mendiang dalam tugasnya.

“Mendiang adalah seorang yang jujur dan sangat dedikasi dengan apa yang dia buat. Walaupun daripada parti pembangkan­g sumbangann­ya akan terus kita hargai,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapka­n takziah kepada keluarga mendiang dan berharap menerima pemergiann­ya dengan tenang.

“Saya berdoa agar keluarga mendiang akan terus tabah untuk meneruskan kehidupan tanpa mendiang pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adenan ber-

Walaupun kami daripada parti politik yang berbeza, tetapi rasa hormat saya terhadap mendiang tidak pernah pudar. Saya amat kagum dengannya.

kata beliau akan terus mewujudkan hubungan baik dengan parti pembangkan­g pada masa akan datang demi perpaduan meskipun daripada parti politik yang berbeza.

Sementara itu, Asfia ketika ditanya tentang keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Bukit Assek, berkata, kekosongan kerusi itu tidak perlu diumumkan.

“Tiada PRK bagi DUN Bukit Assek kerana ia telah melebihi tempoh setengah penggal iaitu setengah penggal adalah pada 20 Jun lalu.

“Jika sebelum 20 Jun, baharulah pilihan raya akan diadakan. Justeru, kekosongan kerusi itu tidak perlu diumum- kan dan tiada PRK diadakan,” jelasnya.

Mendiang Ho Leng, 54, yang merupakan bekas pengerusi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rajang pada malam Sabtu lalu.

Mendiang menghembus­kan nafas terakhirny­a jam 10.50 malam selepas bergelut selama kira-kira setahun lebih menghidap penyakit tumor otak.

Mendiang akan dikebumika­n hari ini (Selasa) di tanah perkuburan (Si En Yuan) di Batu 10, Jalan Oya Lama di sini.

Terdahulu, mendiang akan disembahya­ngkan di Gereja Methodist Hwai Ang Tang bermula jam 7.30 pagi.

 ??  ?? PENGHORMAT­AN: Adenan (empat kanan) bersama-sama (dari kiri) Soon Koh, Asfia, Awang Tengah dan Julaihi memberi penghormat­an terakhir kepada Mendiang Wong Ho Leng di Sibu, petang semalam.
PENGHORMAT­AN: Adenan (empat kanan) bersama-sama (dari kiri) Soon Koh, Asfia, Awang Tengah dan Julaihi memberi penghormat­an terakhir kepada Mendiang Wong Ho Leng di Sibu, petang semalam.
 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? MESRA: Rohani beramah mesra dengan peserta ‘Meet My Netsterz’ di Kuching semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi MESRA: Rohani beramah mesra dengan peserta ‘Meet My Netsterz’ di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia