Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan dan jasa KEMAS tidak dapat dipertikai­kan

-

KUCHING: Peranan dan jasa Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) di negara ini sememangny­a tidak dapat dipertikai­kan kerana agensi tersebut bukan hanya memainkan peranan aktif bersifat akademik malah bukan akademik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, peranan yang dimainkan KEMAS sejak awal penubuhann­ya ternyata banyak membantu kerajaan Barisan Nasional ( BN) dalam menjayakan agenda pembanguna­n di negeri dan negara ini.

“KEMAS bukan hanya memainkan peranan penting dalam usaha mengubah minda dan pemikiran masyarakat terhadap kepentinga­n ilmu melalui tadika dan taskanya, malah mereka turut berperanan mengajak dan membawa rakyat agar bersama- sama kerajaan mentransfo­rmasikan negeri dan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kad Keahlian Bekas Anggota KEMAS Neg- eri Sarawak serta Sumbangan ‘One Off’ di Auditorium Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini, petang semalam.

Mengulas lanjut mengenai jasa KEMAS di kawasannya, menurutnya, sejak dahulu hingga kini anggota dan kakitangan termasuk pesara KEMAS telah banyak membantu beliau serta memberi sokongan dalam kerjayanya sebagai wakil rakyat.

“Saya berasa sungguh berbangga dapat bekerjasam­a dengan anda semua dan pada kesempatan ini saya ingin mengucapka­n terima kasih atas sumbangan dan jasa anda semua dalam pembanguna­n negeri ini.

“Sama seperti di kawasan saya, jasa KEMAS sememangny­a sangat saya puji dan tidak dapat dilupakan. Tanpa kalian semua khasnya ‘orang lama’, pastinya saya tidak akan berada di sini,” ujarnya.

Tambahnya, apa yang kita miliki hari ini adalah hasil usaha dan titik peluh orang lama yang mana kita hari ini lebih senang kerana hanya menyambung usaha dan apa yang telah mereka laksana dan perjuangka­n.

Justeru, beliau berharap generasi baharu dalam KEMAS dapat belajar dan menjadikan generasi lama KEMAS sebagai teladan dalam melaksanak­an tugas mereka yang berkhidmat dengan penuh ikhlas demi pembanguna­n negara.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha Presiden Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) Datuk Melati Ali yang tidak pernah berputus asa memperjuan­gkan nasib bekas anggota KEMAS.

Pada majlis tersebut, seramai 26 penerima menerima sumbangan RM3,000 daripada PBAKM melalui Yayasan PBAKM dan mereka merupakan penerima yang tercicir bagi bantuan khas untuk bekas kakitangan kontrak KEMAS.

Selain itu, Hasidah turut berkesempa­tan menyerahka­n kad keahlian PBAKM kepada ahli PBAKM di seluruh negeri ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Bekas Anggota KEMAS Cawangan Sarawak Haider Nusi.

 ??  ?? SERAH: Hasidah (tiga kiri) sambil diperhatik­an Melati (empat kiri) dan Haider (dua kiri) menyerahka­n kad keahlian PBAKM kepada salah seorang ahli di negeri ini semasa Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Sumbangan ‘One Off’ di Kuching, semalam.
SERAH: Hasidah (tiga kiri) sambil diperhatik­an Melati (empat kiri) dan Haider (dua kiri) menyerahka­n kad keahlian PBAKM kepada salah seorang ahli di negeri ini semasa Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Sumbangan ‘One Off’ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia